KOTA KINABALU: Kemasukan bekas ADUN Kundasang Karim Adam ke Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bakal memberikan suntikan semangat baharu kepada ahli bagi menjayakan misi untuk menawan kerusi DUN Kundasang pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Karim berikrar untuk membantu KDM melakukan kejutan di kerusi DUN Kundasang yang kini disandang oleh pemangku presiden PBS Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.
Karim menyerahkan borang keahlian kepada Ketua KDM Bahagian Ranau Adzman Manaf di Desa Aman Kundasang baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Jeffry Mohd. Ali.
Sebelum ini, presiden KDM Datuk Peter Anthony dipetik sebagai berkata bahawa parti itu bakal melancarkan ‘serangan’ untuk merampas kerusi milik pemangku Presiden PBS itu dalam PRN17.
Peter berkata calon bagi DUN Kundasang telahpun dikenal pasti.
Sementara itu, pemimpin yang disebut-sebut sebagai bakal calon DUN Kundasang ialah Datuk Jeffry Mohd Ali.