Masiung minta kerajaan sediakan bantuan kecemasan kepada pekebun sawit akibat serangan gajah liar

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah diseru
menyediakan ‘bantuan kecemasan’ sebagai pampasan kepada pekebun sawit di kawasan luar bandar yang menanggung kerugian fizikal akibat serangan binatang liar, terutama gajah selain kerosakan tanaman akibat banjir besar.

Advertisements

Ketika membuat seruan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamut Datuk Masiung Banah berkata gajah liar banyak merosakkan tanaman sawit milik penduduk terutama di kawasan Tongod menyebabkan pekebun mengalami kerugian yang besar.

“Masalah ancaman kumpulan gajah liar ini bukan sahaja berlaku di Tongod, tetapi turut berlaku kepada pekebun sawit di daerah Telupid, Kalabakan, Lahad Datu dan Kinabatangan.

“Pekebun terpaksa berputih mata akibat pencerobohan kumpulan gajah liar ini kerana untuk menembak atau membunuh habitat itu adalah menjadi satu kesalahan besar di bawah Akta Liar 201C dan Akta 716,” katanya.

Masiung berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sabah 2025 pada Persiidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Bagi tanaman kawasan yang rendah pula, beliau berkata kebun mereka kerap dilanda banjir menyebabkan tanaman rosak dan tidak dapat mengeluarkan hasil.

Oleh itu, Masiung menzahirkan harapan agar kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukan bantuan kecemasan sebagai pampasan kepada pekebun yang ditimpa bencana alam seperti banjir.

Beliau juga mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sepakat memperkenalkan inisiatif ‘Tiket Rahmah’ bagi penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia — Sabah — Sarawak dan Labuan.

“Jika sebelum ini kerajaan menawarkan ‘Harga Rahmah’ untuk prodük bahan makanan kepada pengguna, maka kali ini kita syorkan supaya kerajaan mewujudkan harga ‘Tiket Penerbangan Rahmah’ bagi laluan domestik serendah yang mungkin mengikut kemampuan rakyat marhaen,” katanya,

Bagi maksud itu, Masiung juga berpendapat kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) wajar menguatkuasakan Akta Kawalan Harga Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya inii termasul mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat penerbangan tempatan yang sesuka hati menaikkan harga tiket penerbangan domestik semata-mata untuk mengaut keuntungan berlebihan tanpa mengambil kira kos sara hidup rakyat.

“Kita juga mensyorkan kepada KPDN dan Kementerian Pengangkutan Malaysia supaya sepakat menetapkan harga lantai tiket penerbangan domestik terutama kepada waktu puncak melibatkan musim cuti persekolahan, hari perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina Deepavali, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Masiung berharap Jabatan Air Sabah dapat memfokuskan usaha jangka pendek bagi menangani masalah bekalan air di kawasan Tongod.

Mengambil contoh masalah air yang dihadapi oleh SMK Tongod, beliau mahu kerajaan terutama Jabatan Air Sabah mengambil tindakan proaktif bagi mengatasi masalah bekalan air di sekolah berkenaan demi kebaikan semua pihak terutama pelajar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles