KDM Inanam rayu kerajaan percepatkan proses naiktaraf jalan raya Kg Mangkaladom-Ruminding, DUN Inanam – George Guntarik

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bahagian Inanam merayu kerajaan supaya mempercepatkan proses menaiktaraf jalan raya dari Kg Mangkaladom ke kg Ruminding sejauh 8KM dalam kawasan DUN Inanam.

Advertisements

Ketua Penyelaras KDM Inanam, Datuk George Guntarik berkata sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian sewajarnya keluhan rakyat selepas 61 tahun Sabah merdeka.

Menurutnya ini kerana kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan belanjawan yang besar lebih RM6.6 bilion untuk melaksanakan pembangunan di Sabah tahun depan manakala kerajaan Sabah membentangkan belanjawan lebih RM6.2 bilion untuk tahun 2025.

“Jika dilihat jumlah Bajet persekutuan untuk Sabah dan Bajet Sabah sendiri tahun depan, tiada sebab kerajaan tidak dapat salurkan sedikit peruntukan untuk naiktaraf jalan Mangkaladom-Ruminding ini.

“Tidak pasti sama ada wakil-wakil rakyat Inanam sebelum ini telah memohon atau merayu secara rasmi agar jalan ini dnaiktaraf tetapi KDM Inanam melihat perkara ini sebagai antara keutamaan yang perlu diberi perhatian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pimpinan KDM Inanam membuat rayuan itu selepas menerima aduan dari beberapa penduduk kg Ruminding baru baru ini.

George berkata rata-rata lebih 200 penduduk di situ mengharapkan pembaharuan, sekaligus membantu memastikan kehidupan yang lebih pada masa depan.

Beliau berkata kondisi jalan Mangkaladom-Ruminding sekarang begitu teruk apatah lagi di musim hujan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles