Kerajaan negeri diseru percepatkan proses permohonan peserta Tanaman Getah Berkelompok di Sook – Edward Kandok

KENINGAU: Kerajaan negeri diseru untuk
mempercepatkan proses permohonan peserta Tanaman Getah Berkelompok bagi Daerah kecil Sook yang diyakini dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat khasnya kawasan pedalaman.

Advertisements

Bagi merealisasi misi murni itu, bekas Pemimpin Kemajuan Masyaraka Sook Edward Kandok berpendapat kerajaan negeri wajar memberi peruntukan yang lebih kepada agensi kerajaan terutama Lembaga Industri Getah Sabah (LUGS).

“Saya percaya dengan harga yang cukup baik ini, sudah pasti akan dapat menambah pendapatan penanam getah di pedalaman ini.

“Saya lihat pendekatan ini juga selaras dengan agenda kerajaan perpaduan yang bersungguh-sungguh untuk menangani masalah kemiskinan di negara ini, khususnya di Sabah,” katanya.

Difahamkan, Edward berkata terdapat banyak permohonan telah diajukan kepada pihak LIGS kawasan Keningau namun ia tidak dapat diproses disebabkan peruntukan yang tidak mencukupi untuk melaksanakan projek tanaman getah berkelompok.

Sehubungan itu, beliau berharap dalam Bajet Negeri Sabah 2025 yang dijadual dibentangkan di DUN Sabah bulan depan
dapat mengambil kira kepentingan penduduk pendalaman khususnya yang terlibat dalam aktiviti pertanian menanam getah.

Edward turut menzahirkan harapan agar kerajaan negeri memperhebatkan usaha bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan DUN Sook demi kebaikan ribuan penduduk di situ.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles