Harga tiket penerbangan Sabah-KL mahal kadang kala naik sehingga RM1,700, Bung Moktar gesa kerajaan kawal harga

KUALA LUMPUR: Isu tiket penerbangan antara Sabah ke Semenajung Malaysia yang disifatkan terlalu tinggi berbangkit semula di Dewan Rakyat.

Advertisements

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam turut menyentuh isu itu dan menzahirkan kebimbangan kos penerbangan yang tinggi dari Sabah ke Semenanjung Malaysia sehingga membebankan rakyat di negeri ini.

Menurutnya antara yang terkesan ialah mereka yang melancong ke semenanjung untuk tujuan perniagaan dan tujuan lain termasuk pelajar yang menuntut di semenanjung Malaysia.

“Harga tiket penerangan ini jika dibandingkan lebih murah untuk penerbangan ke luar negara berbanding dari Sabah ke Semananjung Malaysia” katanya

.Menurut Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah harga tiket ke Singapura dan Filipina hanya sekitar RM700 dan ke Indonesia RM600, tetapi harga tiket ke Sabah RM1,700.

“Harga ini keterlaluan dan membebankan rakyat yang sering berulang alik antara Sabah dan Semanjung Malaysia,” katanya.

Bung Moktar menggesa Menteri Pengangkutan menangani isu tersebut, sambil menekankan beban yang ditanggung rakyat Sabah.

“Ini belum memasuki hari-hari perayaan seperti hariraya aidilfitri,kirismas dan tahun baru mungkin harganya melambung lebih tinggi dari sekarang, dan isu ini bukan isu baru malah saya banyak kali membawa isu ini dalam pesidangan dewan rakyat sebelum ini,” katanya.

Bulan lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa kerajaan akan meneruskan dua inisiatif subsidi untuk pembelian tiket penerbangan domestik bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Inisiatif ini termasuk subsidi berterusan untuk pelajar institusi pengajian tinggi yang menggunakan laluan domestik (FLYsiswa) dan dasar had harga untuk penerbangan semasa musim perayaan.

Pada Disember tahun lalu, kabinet meluluskan cadangan untuk mensubsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala melebihi RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan semasa cuti Krismas.

Polisi ini juga akan digunakan untuk musim perayaan lain, seperti Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai, selama tiga hari setiap satu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles