KUNAK : Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal perlu sedar sejak menang beliau gagal melaksanakan tanggungjawabnya menjaga kebaikan rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Norazlinah Arif berkata, setakat ini Ahli Parlimen terbabit tidak pernah menyalurkan peruntukkannya untuk menyelesaikan rakyat di Kunak.
Katanya, sejak menang di Parlimen Lahad Datu boleh dihitung dengan jari berapa jumlah peruntukkan yang sudah disalurkan kepada rakyat di DUN Kunak.
“Saya ingin bertanya….Berapa rumah di Kunak yang sudah dibaik pulih, berapa banyak air paip graviti bina termasuk berapa ramai pelajar dibantu untuk sambung belajar dibantu melanjutkan pelajaran mereka.
“Tidak cukup dengan itu berapa banyak masjid yang sudah dibaik pulih, sekali gus berapa banyak projek yang disalurkan di DUN Kunak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazlinah berkata, beliau menasihatkan Ahli Parlimen Lahad Datu jangan terlalu mendabik dada kerana rakyat Kunak bukan pentaksub parti.
“Rakyat Kunak mahu pemimpin yang bekerja untuk membantu rakyat….Mereka ketika ini memerlukan bantuan oleh Yang Berhormat, jangan telampau banyak berucap jika gagal menyelesaikan masalah rakyat.
“Sekali lagi kita ingatkan Ahli Parlimen Lahad Datu, jangan terlalu kelirukan rakyat kerana selepas menang sehingga kini dia (Yusof) gagal muncul di Kunak,” jelas Norazlinah.
Menurutnya, selama ini pengundi serta penyokong Parti Warisan berhempas pulas memberi kemenangan kepadanya gagal diambil peduli.
“Ahli Parlimen ini gagal mengambil peduli pejuang-pejuangnya termasuk mwngabaikan kebajikan ketika berkempen tidak kira panas dan hujan semata-mata untuk memastikan dia (Yusof) menang tempoh hari.
“Jika dilihat beliau tidak layak menjadi Timbalan Menteri, kerana Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis sangat layak dilantik ke jawatan berkenaan,” kata Norazlinah.