Bajet 2025 – Kenapa peruntukan berbilion untuk sawah di semenanjung tapi tiada untuk Sabah?

KOTA KINABALU: Parti Sedar Rakyat
Cawangan Sabah menzahirkan rasa terkejut Bajet 2025 tidak memperuntukkan wang untuk membangunkan pengeluaran padi di Sabah berbanding RM1 bilion disediakan untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah.

Advertisements

Timbalan Pengerusi Majlis Kerja Negeri
PARTI SEDAR RAKYAT Cawangan Sabah Dr Julia Emelda Ongkili berkata setiap tahun sawah padi di Semenanjung khususnya di Kedah dan Selangor menerima bilion ringgit sejak berpuluh tahun “kenapa Sabah tiada”.

“Kita berterima kasih kerana Bajet 2025 memang memperuntuk dana pembangunan yang agak besar juga kepada Sabah iaitu RM6.7 bilion namun ia masih jauh daripada apa yang kita sepatut terima.

“Sabah terus ketinggalan, diburukkan lagi dengan kekurangan inisiatif dan idea dalam kerajaan Sabah, berbanding Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Sabah terus mengimport 75% keperluan berasnya dan hanya 25% ditampung sawah tempatan, berbanding Semenanjung mengimport hanya 20% beras kerana 80% sudah dapat ditampung keluaran tempatan.

Julia berkata peruntukan RM65 juta kepada FELCRA, sebuah agensi Pusat, kononnya untuk meluaskan sawah padi atas tanahnya di Sabah dan Sarawak juga menimbulkan tanda tanya.

“Adakah perundingan Menteri Pertanian Federal, Mat Sabu dengan kerajaan Sabah menemui jalan buntu kerana kerajaan pusat bertegas mahukan kawasan tanah yang luas diserah kepada agensi Pusat sebagai syarat diberi dana?

“Premier Sarawak dilaporkan turut kecewa tidak mendapat dana yang dimintanya untuk membangun lebih luas sawah. Namun kerajaan beliau akan menggunakan wang negeri RM500 juta untuk tujuan itu.

“Bagaimana dengan Sabah? Apa langkah kerajaan Sabah meningkatkan pengeluaran padinya khususnya di Kota Belud, Tuaran, Papar, Keningau dan kawasan berpotensi lain? katanya,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles