Sayap parti wanita, pemuda, puteri perlu bekerjasama hadapi PRN-17

PITAS: Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 yang kini diambang pintu semua pihak Wanita,Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno perlu teliti dalam menyusun staretgi dan gerak kerja parti agar lebih kemas , tersusun untuk mencapai sasaran

Advertisements

Ketua Penerangan Umno Penerangan Umno bahagian Kudat Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, dalam hubungan ini satu koordinasi pergerakan tiga sayap parti ini perlu dicapai bagi mempastikan keberkesanan gerak yang lebih sistmetik sebelum memasuki medan peperangan pilihanraya sebenarnya.

“Koordinasi ini perlu dibincangkan serta dimuktamadkan lebih awal, agar gerak kerja teratur tidak ada pertindahan juga mengelak persediaan pada saat-saat akhir yang boleh merencatkan gerak kerja kempen” katanya ketika ditemui selepas mempengerusi mesyuarat penyelerasan Umno Dewan Undangan Negeri Pitas di pejabat Umno dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Setaiusaha Umno bahagian Kudat Awang Lahaji Rokimin dan Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Kudat Normalah Rasik

Menurut beliau yang juga Pengerusi Penyeleras UMNO Dun Pitas jika ada sebarang sistem baharu atau SOP yang ingin digunakan, ianya perlu laksanakan di peringkat awal dengan berkesan dan bukan pada saat akhir yang mengundang kerencatan gerak kerja

Bolkiah berkata amat penting gerak kerja berpasukan perlu menjadi keutamaan parti dimana ianya adalah penentu yang menjadi pencapaian parti keramat kita.

“Kebersamaan perlu disusun di peringkat , bahagian, cawangan dan pusat daerah mengundi. Jangan ada lagi yang bergerak secara solo. Tiga sayap utama parti perlu bekerjasama dan saling lengkap melengkapi,” ujarnya.

Bolkiah semua pihak kepimpinan bahagian, Wanita pemuda, puteri dan ketua-ketua cawangan Umno bertanggungjawab menjadi agen perubahan yang mencorak pelan strategik yang lebih mampan dan dipersetujui bersama dalam memastikan pengurusan penyampaian perkhidmatan yang tangkas dan berprestasi cemerlang agar UMNO terus diterima dan relevan sepanjang zaman.

Dalam pada itu Bolkiah turut mengingatkan Ketua-Ketua Cawangan agar memulakan gerak kerja yang pentas dan efisin terutamanya menyusun jawatankuasa di peringkat (KDM) serta mengenal pasti jumlah ahli yang berdaftar sebagai pengundi di cawangan masaing-masing termasuk pengundi luar .

Pada majlis tersebut Bolkiah juga turut menyerahkan fail-fail kepada ketua-ketua Penyelaras Umno bagi kawasan DUN Pitas.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles