TENOM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menegaskan tidak timbul isu dari mana-mana pihak di negeri ini.yang tidak mengiktiraf pewujudan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri ini ,kerana ianya diiktraf oleh kerajaan Pusat (Perpaduan)
Sehubungan itu, beliau berkata mereka yang telah menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi JPKKP perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah serta membuktikan keupayaan serta tanggungjawab di kampung masing-masing.
“Pikul tanggugjawab serta amanah yang diberikan, jangan hilang fokas, jika kerajaan negeri tidak mengiktiraf pelantikan ini, kerajaan pusat (Perpaduan) yang mengiktiraf pelantikan tuan-tuan,” katanya.
Bung Moktar berkata demikian ketika berucap merasmikan penyerahan watikah pelantikan JPKK (Komuniti Desa Madani) untuk Dun Kemabong dan Melalap di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom pada Sabtu.
Hadir sama Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Jamal Nerubi, Wakil Rakyat DUN Melalap Datuk Peter Anthony, Bendahari Umno Negeri Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Raimee Unggi, Pegawai Kemas Daerah Tenom Riyanti Mikail Pengurus Giat Mara Tenom Didie Norhazrilah Latif
Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah, pewujudan jawatan JPKKP di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)di negeri ini bertujuan mengimbangi kuasa di peringkat daerah oleh kerajaan negeri dimana pemimpin akar umbi sebelum in seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung ,Pemaju Mukin Pengerusi JKKK dari Umno/BN di tukar atau ditamatkan perkhidmatan mereka dan kini dimonopli oleh satu kelompok dari satu parti sahaja.
“Di dalam Dewan Undangan Negeri, dalam ucapan pemimpin utama negeri, mengakui menyokong konsep kerajaan perpaduan, namun sebaliknya bukan setakat pelantikan jawatan yang tidak seimbang malahan kawasan DUN yang diwakili wakil rakyat dari Umno/BN tidak mendapat peruntukan tahunan,” jelas Bung
Sehubungan itu, menurut Bung Umno/BN Sabah, terpaksa berunding dengan kerajaan pusat khususnya KKDW bagi mewujudkan JPKK di Sabah bagi mengimbangi keperluan pembangunan berdasarkan kepada kepadatan serta geografi di Sabah khususnya di luar bandar yang masih memerlukan perhatian dari aspek pembangunan dan peningkatan siso ekonomi rakyat di luar bandar.
“Kita yakin dengan kewujudan JPKK di setiap kampung di negeri ini mampu memperkasakan lagi aspek pembangunan dan peningkatan siso ekonomi masyarakat luar bandar yang masih memerlukan perhatian dari kerajaan pusat walaupun kerajaan negeri telah mengiktiraf rakyat Sabah sudah bebas dari garis kemiskinan namun sebaliknya masih ada rakyat di kawasan luar bandar masih memerlukan pembelaan,” jelas Bung.
Tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dengan dana peruntukan sebanyak RM100 ribu setahun kepada setiap JPKK di negeri ini, ianya boleh dimanafaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi masyarakat kampung sama ada untuk projek-projek kecil dan program ekonomi seperti penganjuran kurus jahitan, makanan kraftangan bagi memberikan kemahiran kepada penduduk untuk menceburi bidang perniagaan bagi meningkatkan taraf siso ekonomi mereka.
“Selepas pelantikan ini Kemas akan memberikan taklimat atau kurus untuk menyelaraskan fungsi serta peranan JPKK terutamanya untuk membuat perancangan dan pelaksanaan projek / program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat’ katanya.