Manfaatkan platform digital promosi Irau Rayeh Lundayeh kepada masyarakat luar – Ahmad Zahid

SIPITANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi mengesa Persatuan Lundayeh Sabah (PLS) agar memanafaatkan penggunaan media sosial dan platform digital untuk mempromosikan Irau Rayeh lundayeh atau Perayaan Lundayeh kepada dunia.

Advertisements

Katanya,pendekatan itu akan memastikan visibiliti global yang lebih tinggi dan menghubungkan masyarakat Lundayeh dengan dunia luar.

Menurut beliau festival Irau Rayeh Lundayeh berpotensi menjadi tarikan utama dalam sektor pelancongan budaya dan eko-pelancongan negara justeru usaha secara berterusan untuk mempromosikanya perlu dilakukan termasuklpengunaan plaftrom digital.

“Jika kita dapat memperkenalkan pakej pelancongan yang merangkumi sambutan Irau Rayeh ianya akan menarik lebih ramai pelancong sekali gus meningkatkan pembangunan tempatan melalui perbelanjaan pada produk budaya, kraftangan dan makanan tempatan,” kata nya ketika berucap merasmikan Irau Rayeh Lundayeh Sabah kali ke-16 di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah dekat sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampai oleh Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Menurut Ahmad Zahid Festival seperti Irau Rayeh memainkan peranan penting dalam menyatukan komuniti, khususnya masyarakat Lundayeh, dan memperkenalkan budaya mereka kepada Masyarakat luar.

Beliau berkata, melalui penganjuran aktiviti seperti ini, generasi muda berpeluang mengenali, memahami, dan menghargai warisan nenek moyang mereka, yang seterusnya memastikan kelestarian budaya ini terus terpelihara selari dengan hasrat kerajaan untuk melihat budaya rakyat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan dapat memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, perpaduan adalah aset yang paling berharga bagi kita semua. Kebudayaan, dalam pelbagai bentuknya, adalah jambatan yang menghubungkan kita tanpa mengira latar belakang,” Katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan dan Wilayah berkata, Kementerian beliau akan meluluskan peruntukan khusus untuk membantu penggiat kraf tangan etenik Lundayeh di Kompleks PKLS.

“Saya berharap agar sektor kraf tangan di Sipitang dapat dimajukan, bahkan dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Dengan adanya Kompleks PKLS ini, pelbagai aktiviti kraf tangan khususnya yang melibatkan masyarakat Lundayeh boleh dikembangkan dan dimajukan”katanya

Ahmad Zahid Menambah (KKDW) akan terus mencari jalan untuk menjana eko-pelancongan di kawasan tersebut, memandangkan potensi besar yang dimiliki apabila pusat pentadbiran kerajaan Indonesia dipindahkan ke Kalimantan dimana ianya akan meningkatkan akses dan membuka peluang pembangunan ekonomi yang lebih besar di wilayah ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles