Manfaatkan peluang belajar di menara gading – Jeffery Nor

Oleh Jaafar Abd Wahid

Advertisements

PUTATAN: Pelajar baharu yang mendapat tempat melanjutkan pengajian ke Unversiti tahun ini, perlu memanfaatkan peluang berada di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menimba ilmu pengetahuan sebaik mungkin dengan menjadi seorang yang berilmu, beradab, cemerlang, berdaya saing, bertanggungjawab dan beretika.

Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata,pelajar juga harus bersyukur kerana berjaya menjejaki kaki ke menara gading yang mana tidak semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berpeluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat unversiti.

Katanya, pelajar yang berjaya adalah harapan ibu bapa selama ini. Mereka mahu melihat anak-anak mereka berjaya masuk ke Universiti dan seterusnya memperoleh pekerjaan atau menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

“Justeru, ketika berada di universiti bukan sahaja untuk memperluaskan ilmu pengetahuan tetapi para pelajar seharusnya turut menyertai program-program akademik dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh universiti agar apabila mereka tamat pengajian mereka boleh berdampingan dan Masyarakat “ katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kewangan kepada 30 pelajar dari daerah Putatan yang berjaya melanjutkan pengajian ke beberapa buah unversiti dan kolej tempatan di pejabat Umno bahagian Putatan pada Rabu.

Sumbangan kewangan tersebut disumbangkan oleh Tabung Pendidikan UMNO Malaysia khusus untuk meringankan beban ibubapa dan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Unversiti tahun ini.

Sehubungan dengan itu Jeffery yang juga Pengerusi Penasihat Pusat Giat Mara Parlimen Putatan berharap para mahasiswa perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menikmati alam kehidupan kampus dengan sebaiknya.

Katanya, berada di universiti bukan setakat untuk belajar ilmu akademik tetapi ia merangkumi peningkatan kemahiran insaniah melalui keterlibatan dalam pelbagai aktiviti anjuran universiti.

Menurutnya, keputusan akademik semata-mata tidak mampu menjanjikan kemajuan, pekerjaan atau kedudukan pada masa hadapan.

“Berada di menara gading juga mendidik kita mempelajari asas kehidupan seharian, bagaimana untuk berinteraksi, membina jaringan komunikasi, sekali gus meningkatkan pembangunan diri yang akhirnya mempu diaplikasi untuk berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles