Lebih 15,000 masyarakat hadir ke program ceramah khas Ustaz Abdul Somad

KENINGAU : Kehadiran pendakwah Nusantara, Ustaz Abdul Somad ke program khas ceramah “Kekasih Hali, Virinn Taow” berjaya menghimpunkan lebih 15,000 pengunjung membanjiri Kompleks Sukan Keningau malam tadi.

Advertisements

Keadaan yang jarang berlaku di daerah Keningau itu menyaksikan kebanjiran umat Islam menyokong program agama berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Keningau, Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, kunjungan ulama besar ke daerah keningau merupakan harapan serta keinginan penduduk daerah keningau khususnya masyarakat islam.

Katanya, kejayaan kehadiran Ustaz Abdul Somad ke daerah ini sudah tentu mencatat sejarah buat daerah Keningau sekali gus menunjukkan sambutan luar biasa masyarakat di Keningau.

“Abdul Somad merupakan penceramah tersohor dari negara Indonesia mempunyai jutaan pengikut di media sosial dan beliau adalah pendakwah disenangi ramai di seluruh nusantara.

“Masyarakat Keningau sangat bertuah apabila beliau sudi berkunjung ke daerah ini buat pertama kalinya kerana kita sedia maklum, jadualnya sangat padat di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya kepada Sabah News Today di sini hari ini.

Nik Mohd Nadzri berkata, beliau yakin majlis ini turut dihadir penduduk daripada kawasan berhampiran termasuk Tenom, Tambunan serta kawasan lain di sekitar daerah Keningau.

“Kita berharap pada masa depan akan ada lagi program seumpama ini untuk memberi peluang serta ruang kepada masyarakat Keningau dan sekitarnya khususnya umat Islam untuk mengikuti majlis yang sangat bermakna ini.

“Saya berharap agar Keningau terus subur dengan majlis-majlis ilmu supaya masyarakat di daerah ini lebih celik ilmu agama,” jelas Nik Mohd Nadzri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles