Kemenangan akhir di mahkamah Belanda kukuhkan kedaulatan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan keputusan muktamad Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan difailkan pihak Sulu sebagai berita baik untuk Sabah dan Malaysia.

Advertisements

Katanya, keputusan muktamad itu sangat penting kepada Sabah dan negara keseluruhannya kerana ia akhirnya menamatkan tuntutan ke atas Sabah yang tidak pernah diiktiraf Malaysia.

Beliau berkata, pengakhiran kes itu sekali gus mengukuhkan kedaulatan Sabah yang tidak boleh diganggu gugat oleh pihak luar.

“Mahkamah Agung sudah membuat keputusan yang memihak kepada Malaysia, sekali gus menamatkan tuntutan yang Sabah tidak pernah iktiraf sejak dari awal lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hajiji memberikan maklum balas terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung prosiding mahkamah berkaitan kes timbang tara tuntutan pihak mendakwa Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Azalina dilaporkan berkata, keputusan Mahkamah Agung Belanda itu menutup bab berhubung usaha pihak yang membuat tuntutan untuk menguatkuasakan tuntutan yang tidak sah ke atas Malaysia.

Hajiji berkata, kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya diragui dan dicabar sesiapa pun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles