Wanita UMNO main peranan penting pastikan parti kekal relevan – Siti Aminah

KUALA LUMPUR : Wanita UMNO adalah ’ pemain’ penting dalam memastikan UMNO kekal relevan .

Advertisements

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata ,Wanita Umno juga merupakan jentera utama parti dalam melaksanakan gerak kerja parti terutamanya ketika berhadapan dengan pillihanraya.

Beliau yang juga bekas Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort berkata pujian serta penghargaan Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Wanita Umno dalam melaksanakan gerak kerja kempen semasa PRN Nenggiri bagi memastikan calon BN Mohd Azmawi Abdul Ghani mencapai kemenangan semasa PRN tersebut perlu dijadikan pendorong semangat untuk Wanita Umno terus berjuang dan bekerja bukan sahaja memastikan Umno kekal relevan namun misi utama membawa kejayaan parti pada PRU akan datang.

“Penghargaan dan kepercayaan dari Presiden Umno kepada kita (Wanita) perlu dihargai sebagai pendorong untuk wanita Umno meneruskan kelangsungan tanggujawab memperkukuhkan part,” katanya ketika ditemui dan diminta mengulas ucapan Ahmad Zahid selepas majlis taklimat Presiden di dewan Merdeka PWTC semalam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri semasa menyampaikan amanat dalam majlis taklimat Presiden semalam memuji kesungguhan wanita Umno dalam gerak kerja berkempen bagi membantu calon BN semasa PRK Nenggiri baru baru ini yang beliau sifatkan semangat Wanita Umno sangat luar biasa dan meminta memomtum dikekalkan bagi mendepani cabaran parti akan datang.

Tambahnya, para kepimpinan Wanita UMNO Johor sentiasa mendekati rakyat bagi merasai setiap denyut nadi mereka di samping menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Kepimpinan Wanita UMNO Johor yang senantiasa memberikan semangat dan dorongan kepada ahli-ahli wanita untuk memperkasakan Jalinan Rakyat (JR) yang merupakan senjata UMNO paling kuat dalam memperkasa parti.

Sehubungan itu, Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengajak Wanita Umno terus mendekati ,mendengar dan merasai sendiri setiap keluhan rakyat untuk terus dibantu

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan sokongan dan dukungan yang padu daripada ahli serta akar umbi kepada Wanita Umno bagi menjayakan misi ‘UMNO Bangkit’ kembali.

“Jangan ada pihak memperlekahkan jasa serta sumbangan Wanita Umno, lebih malang dari kalangan ahli Umno sendiri sebagai contoh bila Wanita Umno menjaga PDM jerek semasa PRK Nenggiri ada individu dari parti sendiri meminta PDM ini kalah” tegas Siti Aminah.

Menurut Siti Aminah pemimpin dan ahli Umno perlu bersama-sama mengharungi pahit getir yang menguji kekuatan dan kkerukunan Umno dalam satu organisasi yang kuat.

“Kita perlu sedar bahawa segala cabaran yang timbul, baik dari luar mahupun dalam parti sendiri ia memerlukan kesatuan, pengorbanan dan perpaduan dari semua anggota parti untuk terus bekerjasama dalam memperkukuhkan struktur UMNO demi generasi masa hadapan,” katanya lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles