Oleh Yussof j. imbang
TONGOD; Golongan pelajar di daerah ini wajar merebut peluang keemasan untuk melanjutkan pendidikan tertinggi hingga ke luar negara menerusi bantuan dana Yayasan Pendidikan Tongod (YPT) yang kini telah tersedia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, selepas YPT dilancarkan awal tahun ini, slot dana itu belum diisi olah mana-mana pelajar setakat ini.
” Dana tersedia yayasan ini terbuka kepada pelajar cemerlang atau yang telah bekerja untuk mendalami ilmu di peringkat tertinggi luar negara, ” katanya di majlis aspirasi penyampaian bantuan pelajar tingkatan enam dan kecemerlangan SPM, Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod, semalam.
Seramai 27 pelajar yang telah menamatkan pengajian menengah tingkatan enam atas termasuk dua pelajar cemerlang SPM tahun lalu menerima sumbangan wang tunai dari Masiung.
Program itu dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Kerjaya, Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut yang dipengerusikan bekas seorang pendidik, Puan Jalilah Apiang.
Dalam ucapanya di majlis aspirasi itu, Masiung berkata, pelajar yang menamatkan pengajian tingkatan enam secara automatik menjadi duta kecil kepada masyarakat yang celik dalam pembungan sosial.
Katanya, bekas pelajar menengah itu juga hendaklah menjadi ikon perubahan kepada keluarga dan sekaligus menjadi idola generasi muda.
” Sebelum melangkah ke peringkat universiti atau ke alam pekerjaan etika sebagai pelajar yang berjaya hendaklah menjadi aspirasi masyarakat.
Sebagai golongan muda anda perlu muncul sebagai hero untuk membela maruah daerah Tongod yang kini diletakkan sebagai daerah termiskin di negara ini.
Pengetua SMK Tongod, Rasilan Rohny dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Lasjamin Unggat turut hadir di majlis aspirasi itu.