SANDAKAN: Parlimen Sandakan kini membuka permohonan Top Achievers STPM 2023 yang mencapai keputusan yang cemerlang sebagai menghargai pencapaian terbaik mereka dan sokongan dalam mereka melanjutkan pelajaran masing-masing.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, berkata, permohonan itu dibuka sehingga 25 Ogos ini.
Ujarnya, beliau bangga ramai anak-anak berjaya mencapai pencapaian terbaik dalam STPM 2023.
Selain menghargai pencapaian mereka, ia juga sebagai galakan kepada pelajar lain untuk berusaha dan meneruskan pembelajaran mereka dengan sebaiknya.
Antara syarat permohonan menerusi Program Pencapaian Terbaik STPM 2023 itu adalah pelajar berkenaan perlu sekurang-kurangnya mendapat keputusan CGPA 3.5 dan ke atas dalam STPM 2023 dan menetap dalam kawasan Parlimen Sandakan selain alamat yang tertera dalam kad pengenalan mereka juga dalam kawasan Parlimen Sandakan.
“Menerusi program ini, kita berharap dapat membantu sedikit sebanyak dalam persiapan anak-anak kita untuk melanjutkan pengajian mereka,” ujarnya.
Syarat dan maklumat lanjut atau mereka yang ingin membuat permohonan boleh melayari https://tinyurl.com/STPMTopAchievers.