Kerjasama UMNO-GRS ? Mustahil – Jeffrey Nor

PUTATAN: Berpegang kepada kenyataan media Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sebelum ini , UMNO Sabah berhati-hati dan hanya menjalinkan kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian dimeteri,

Advertisements

Pengarah Jentera Pilihanraya Umno Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata adalah sesuatu yang mustahil bagi UMNO Sabah akan bekerjasama dengan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Menurut beliau pengalaman pahit yang pernah dilalui UMNO Sabah sebelum ini turut memberikan pengajaran kepada UMNO untuk tidak menjalin kerjasama dengan parti yang tidak menghormati perjanjian

“Agak mustahil bagi UMNO untuk menjalin kerjasama dengan parti gabungan yang tidak ada kesetiaan, keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui di sini selepas merasmikan pertandingan Mobile Legend di kampung Meruntum dekat sini pada Ahad.

Jeffery yang juga Ketua Umno bahagian Putatan diminta mengulas kenyataan media Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyebut tidak mustahil GRS akan akan bekerja sama dengan UMNO bagi menghadapi PRN k17 akan datang

Menurut Jeffery walaupun ada wakil UMNO dalam barisan Kabinet Sabah sekarang yang diletakan sebagai Pembantu Menteri ianya hanya sekadar mengeburi mata rakyat dimana wakil UMNO bukan sahaja diletakkan sebagai Pembantu Menteri malah di tempatkan di Kementerian yang tidak penting.

Tambah Jeffery pelantikan ini dibuat atas dasar kesukaan Ketua Menteri bukanlah lantikan secara telus dan professional ianya lebih kepada mengambil hati Perdana Menteri disamping untuk mengemburi mata rakyat Sabah.

“ Memang unik Kabinet Kerajaan GRS, keunikanya ialah melantik ADUN lantikan dari parti pembangkang di peringkat Pusat dari PAS dan SAPP dimana Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional dan juga Timbalan Pengerusi PGRS dan dalam masa yang sama menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat, jadi macam mana kita menyakini keikhlasan kerajaan seperti ini,” tegas Jeffery.

Ketika diminta mengulas kenyataan Hajiji yang ADUN Tanjung Keramat Datuk Shahelmey Yahya juga merupakan wakil Umno dalam kabinet Sabah Jeffery berkata, kenyataan Bung sebelum ini jelas yang Shahelmey bukan mewakili UMNO Sabah kerana Lembaga dispilin telah pun mengambil tindakan mengantung keahliannya.

“Jika tidak undang-undang Anti Lompat parti, saya yakin beliau pun akan menyertai GRS,“ katanya.

Jeffery mengulangi pendirian tidak mungkin UMNO Sabah akan menerima jalinan kerjasama bersama GRS , khususnya untuk menghadapi PRN akan datang kerana takut “pisang berbuah dua kali” justeru menurut beliau cukuplah pengalaman yang dilalui oleh Umno Sabah sebagai satu pengajaran.

Katanya dari peringkat awal lagi PGRS ketika membentuk kerajaan negeri selepas PRN ke-16 tidak Ikhlas dimana seawalnya memang dipersetujui Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya namun apa yang berlaku di istana semasa majlis angkat sumpah jawatan Bung ditukar menjadi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Ini sudah berlaku diawal pembentukan kabinet negeri Sabah belum lagi ke peringkat lantikan pengerusi syrikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang dimonoploi oleh GRS sahaja.

“Justeru kenyataan Hajiji yang sekarang ini ada pemimpin Umno masih menjadi pengerusi GLS adalah retorik sedangkan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Adat dari UMNO di kebanyakan daerah di negeri ini pun ditukar” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles