Terima hakikat parti tempatan gagal laksanakan pembangunan di Sabah – Jeffrey

KOTA KINABALU: Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed mempertahankan kenyataan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar berhubung dengan kegagalan parti tempatan membangunkan Sabah

Advertisements

Beliau berkata sejarah membuktikan Sabah pernah ditakbir oleh parti tempatan sejak zaman Usno,Berjaya dan PBS namun pembangunan masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain.

Menurut beliau antara sebab berlakunya perkara itu kerana tidak ada kestabilan politik selain iltizam para pemimpinnya membangunkan negeri ini.

“Sehingga tahun 1990 apabila ada permintaan dari kalangan beberapa pemimpin tempatan untuk Umno masuk ke Sabah dan apabila Umno/BN mengambilalih tapuk pemerintahan Sabah barulah kestabilan politik dapat diwujudkan dan pembangunan rancak dilaksanakan” katanya ketika ditemui di sini sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star Sabah), Datuk Kenny Chua baru-baru ini yang kegagalan membangunkan Sabah berpunca dari kegagalan BN dan parti dari Malaya.

Menurut Kenny Chua dalam kenyataan medianya baru-baru ini, Sabah miskin kerana kekayaan dan haknya dirampas sejak enam dekad lalu oleh parti berpangkalan di semenanjung dan kerajaan Negeri GRS dan rakyat Sabah mewarisi legasi yang menyedihkan ini.

Jeffrey yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Umno Sabah berkata ,sebaik sahaja Umno/BN mengambilalih pemerintahan Sabah pembangunan untuk rakyat Sabah jauh lebih baik dari apa yang dilakukan oleh kerajaan berasaskan parti tempatan sebelum ini.

“Rakyat Sabah menyaksikan bagaimana Umno/BN ketika memerintah negeri ini pembangunan begitu rancak dilaksanakan, sekolah, unversiti, hospital dan Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo) adalah contoh jelas pembangunan mega yang dapat dibawa oleh Umno/BN semasa dalam pemerintahanya,” katanya.

Justeru kenyataan Kenny menurut Jeefrey seperti meludah kelangit yang kegagalan kerajaan hari ini membangunkan Sabah di diwarisi dari kerajaan BN/Umno parti yang berpengkalan di semenanjung sedangkan sebilangan pemimpin yang ada dalam GRS hari ini termasuk Kenny sebelum ini juga bersama parti dari Malaya.

Jeffrey berkata jangan bandingkan Sabah dan Sarawak kerana pemimpin parti tempatan Sarawak dapat menstabilkan politik mereka menyebabkan ekonomi mereka kukuh politik stabil sehingga mereka mampu merancang dan melaksanakan pembangunan berbanding dengan parti tempatan di negeri ini yang lebih mementingkan kepentingan politik peribadi daripada kepentingan rakyat.

Sehubungan itu Jeffery mengingatkan agar pemimpin-pemimpon (PGRS) menghentikan sentiman “ Anti Parti Malaya” yang dilihat boleh menjejaskan tahap keharmonian rakyat di negara ini dan bertentangan dengan konsep kerajaan Perpaduan yang mana mereka turut menyokong.

“Terimalah hakikat kegagalan membangunkan Sabah kerana kegagalan pemimpin PGRS yang gagal merancang dan melaksanakan amanah yang diharapkan oleh rakyat kerana lebih berpolitik dari melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membangunkan Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles