Program Amal Mendaki Gunung Kinabalu Secara Berundur Ditunda Ke Awal Tahun Depan – Doroni

KOTA KINABALU: Program amal mendaki Gunung Kinabalu secara berundur yang dijadual diadakan dari 3-8 September tahun ini kini ditunda ke awal tahun hadapan.

Advertisements

Presiden Persatuan Suara Anak Sabah (PSAS) yang baharu didaftarkan, Doroni Balantis berkata penangguhan itu dilakukan disebabkan beberapa faktor termasuk masalah teknikal.

“Jika semuanya berjalan lancar, program amal mendaki gunung Kinabalu ini akan diadakan awal tahun depan.

“Persediaan untuk menjayakan projek amal ini kini giatkan dilakukan dan kita berharap segala urusan penganjuran program tersebut dapat dibereskan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Doroni, program itu antara lain bertujuan mengumpul dana bagi membantu pelbagai badan ngo di negeri ini.

Katanya Persatuan Pencegah Kanser Sabah pada mulanya diwar-warkan akan membantu menjayakan program tersebut , sebelum persatuan baharu – PSAS diberi peluang meneruskan program berkenaan.

Sementara itu, pejalan kaki tahan lasa Edward Taning, 63, berkata program amal itu sudah lama dirancang iaitu sejak 2020 namun terbantut susulan penguatkuasaan PKP.

“Maka penganjur pada masa itu persatuan malim gunung Sabah tarik diri dengan alasan masa PKP dan pendaikan gunung pada masa itu tidak dibenarkan.

“Jadi sumbangan yang telah persatuan malim gunung terima telah diagih-agihkan kepada PDK ranau, Persatuan Malim Gunung Sabah dan SK Bundu Tuhan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles