KOTA BELUD – Usul pembebasan dan keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang dibawa pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kota Belud Sabtu lepas
Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata UMNO bahagian itu malah diseluruh bahagian di negara ini, masih merasai kehilangan dengan ketiadaan bekas pemimpin yang telah menabur bakti kepada negara sebagai bekas Perdana Menteri dan kepada Umno ketika beliau menerajui parti itu,
“Kita telah kehilangan seorang pemimpin yang suatu ketika dahulu banyak berjasa untuk negara.
“Justeru, UMNO khususnya di bahagian ini berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri di bawah kerajaan Madani hari ini di harap sama-sama menjunjung semangat ini untuk membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak,“ katanya ketika berucap di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kota Belud di Dewan Kompleks Sukan kampung Botung dekat sini Sabtu lepas.
Mesyuarat perwakilan tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Agung UmnoDatuk Wira Dr. Asyarf Wajdi Dato’Dusuki, dan turut dihadiri oleh Wakil Umno Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.
Menurut Azuwan Umno ingin menegaskan, pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan
“Pemimpin UMNO sendiri telah berusaha ke arah itu dan diharapkan agar suara membela Najib tidak terhenti sebaliknya diteruskan sehingga beliau (Najib) mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.
Dalam pada itu, Azuwan turut menyangkal dakwaan dan sentiment yang dimainkan oleh pemimpin parti-parti tempatan di negeri ini yang mengajak rakyat Sabah menolak parti dari Malaya khususnya Umno yang mereka dakwa telah merampas hak-hak rakyat Sabah.
“Saya tegaskan Umno sudah bertapak di Sabah selama 33 tahun, jika benar Umno merampas hak-hak rakyat Sabah atau dipimpin oleh orang Malaya saya harap mereka tampil dengan bukti sebagaimana yang mereka dakwa,” katanya.
Menurut Azuwan sentimen yang cuba dimainkan oleh beberapa pemimpin ini sebenarnya amat bahaya dan boleh menjejaskan tahap perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini, justeru beliau meminta rakyat agar tidak termakan dengan hasutan tersebut.
“ Umno Sabah dipimpin oleh anak Sabah, tidak timbul isu ianya dikuasai oleh orang Malaya, ini hanya persepsi negetif yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik meraka dan agak lebih mengacewakan pemimpin yang membawa sentiment ini telah pun menerima pelbagai kemudahan dan kesenangan dari Umno sebelum ini,” jelas Azuwan
Ketiika,berucap merasmikan mesyuarat perwakilan tersebut Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dato Dusuki yang juga pengerusi MARA turut mengulas ucapan Azuwan mengenai sentiman parti Malaya yang dimainkan oleh pihak pihak tertentu di negeri ini.
Beliau berharap rakyat di negeri itu untuk tidak terpengaruh dengan dakwaan segelintir pihak yang mengajak untuk hanya memilih parti tempatan, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak
Menurut beliau melalui formula bersama parti-parti nasional mampu membawa perubahan kepada pembangunan di negeri ini dimana kerajaan negeri masih memerlukan bantuan dari kerajaan Pusat terutamanya dalam peruntukan untuk pembangunan,
“ Parti Nasional ( yang meraka lebal parti Malaya) telah mengembalikan hak orang Sabah kepada orang Sabah. Mereka parti tempatan, parti pemerintah apa mereka lakukan? Pembangunan jauh lebih baik ketika Umno/BN menjadi kerajaan di negeri, sekarang mereka sekadar melaungkan tolak parti Malaya “ Rumah Kita ,kita jaga tapi meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu menurut Dr Asyraf Wajdi jika rakyat di negeri ini mahu mahu membangun tidak ada pilihan formula terbaik dan sesuai untuk Sabah ialah gabungan parti nasional dan gabungan parti tempatan.