Warisan catat sejarah parti local pertama berjaya perkenalkan RUU MA63 di Parlimen – Shafie Apdal

SANDAKAN: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa parti tempatan itu konsisten dalam memperjuangkan hak-hak Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Advertisements

Beliau berkata kesungguhan Warisan memperjuangkan MA63 terbukti apabila Menteri Kabinet Persekutuan daripada Warisan pada tahun 2019, Mendiang Datuk VK Liew memainkan peranan penting untuk membentangkan RUU MA63 di Dewan Rakyat.

Katanya tuntutan itu termasuk mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Walaupun RUU MA63 itu tidak mendapat sokongan anggota Parlimen terutama dari negeri jiran namun tidak dinafikan Warisan melalui VK Liew merupakan parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat Sabah dan bukan setakat melaung-laungkan MA63 untuk kepentingan politik.,” katanya.

Mohd Shafie yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Parti Warisan bersama masyarakat Cina Sandakan pada malam Sabtu.

Selain itu, beliau berkata Warisan juga merupakan parti tempatan pertama yang benar-benar komited menolong rakyat dalam soal pemilikan tanah.

Mohd Shafie berkata susulan keluhan rakyat Sabah, Warisan yang menunjangi kerajaan negeri ketika itu memanjangkan tempoh pajakan tanah dari 99 tahun kepada 999 tahun selain mempercepatkan proses pemberian geran tanah.

Menurutnya pada bulan Julai 2020, kerajaan Sabah pimpinan Warisan telah melaksanakan cukai jualan sebanyak lima peratus terhadap semua produk petroleum di negeri ini.

“Kita juga telah memberhentiikan penjualan kayu balak Sabah terus ke luar negara sebaliknya memperhebatkan pembangunan industri kayu negeri supaya ia memberi pekerjaan kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Mohd Shafie berkata kerajaan Warisan juga telah menambah biasiswa untuk “anak-anak kita” melanjutkan pelajaran termasuk di luar negara.

Beliau berkata projek Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2 juga dimulakan semasa kerajaan Warisan memerintah negeri.

Malangnya, katanya selepas empat tahun kerajaan GRS memerintah, ramai rakyat Sabah yang masih mengeluh masalah air, elektrik dan jalan raya.

Sehubungan itu, Mohd Shafie berharap rakyat pelbagai kaum di Sabah akan terus
memberi sokongan kepada Warisan pada PRN akan datang demi masa depan negeri yang lebih baik dan kesinambungan pembangunan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles