KOTA KINABALU : Setiausaha Exco Wiramuda StarSabah, Jess Joel Moriga perlu belajar sejarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berbentuk songsang terhadap pemimpin utama Barisan Nasional (BN) di Sabah.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, sebagai makluman ‘Jess Joel’ pemimpn BN berada ketika pemerintahan zaman dahulu termasuklah Presiden STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan sendiri.
Katanya, jangan cerita pemimpin BN terdahulu kerana hampir 95 peratus mereka kini sudah berada didalam parti lain yang semuanya ada di negeri Sabah.
“Semua parti-parti politik mempunyai ideologi politik yang baik hanya bagaimana pemimpin berada ketika itu membawa parti itu ke arah yang baik untuk kepentingan rakyat Sabah.
“Jadi Jess Joel salahkan siapa? Dia salahkan Presiden sekarang serta pemimpin-pemimpin lain yang pernah berada dlm BN ketika dahulu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam, Setiausaha Exco Wiramuda StarSabah, Jess Joel Moriga mendakwa kenyataan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar berkenaan dengan Sabah miskin di bawah pemimpin parti tempatan ibarat meludah ke langit dan jatuh pada diri sendiri.
Ini ketika Bung Moktar berucap pada Konvensyen BN Sabah 2024 di Sandakan baru-baru ini.
Menurut Jeffrey Nor merupakan Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, seperkara lagi Jess Joel perlu mengetahui iaitu siapa yang membuka pintu untuk lebih banyak hak Sabah diperoleh ketika itu adalah Presiden BN Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
“Bekas Perdana Menteri inilah yang banyak membuka ruang antaranya mewujdukan projek PAN BORNEO tanpa tol untuk Borneo termasuk Sabah dan Sarawak tetapi mengapa ia lambat disiapkan sudah tentu ada penyebabnya dan banyak lagi ruang lain untuk dibincangkan secara lanjut.
“Pemimpin baharu dalam BN Sabah ketika ini komited untuk memperjuangkan hak serta nasib rakyat negeri Sabah, jadi saya minta Jess Joel untuk melihat balik sejarah politik Sabah sekali gus belajar politik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan politik,” jelas Jeffrey Nor Nohamed.
Menurutnya, kenyataan Jess Joel ini boleh mengelirukan rakyat Sabah serta perlu diingatkan bahawa Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin belum pernah pun menjadi Ketua Menteri Sabah.