SANDAKAN: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah parti-parti tempatan yang berada Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) kononnya memperjuangkan nasib rakyat Sabah.
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bun Moktar Radin berkata tindak-tanduk sebahagian mereka selesa menggunakan sentimen ‘anti-Malaya’ hanya mencerminkan pemikiran ekstrem dan tidak menguntungkan perjuangan rakyat di negeri ini yang masih dibelenggu masalah kemunduran dari segi pembangunan insfrastruktur asas dan masalah kemiskinan
Beliau yang juga Ketua Umno Sabah berkata, tindakan gabungan parti-parti tempatan yang dilihat terlalu ghairah ‘membuai’ angan-angan rakyat Sabah tidak mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang sebenar malah ianya lebih kepada kepentingan survival politik mereka bukanya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kemunduruan dan kemiskinan.
“Jika kita melihat kepada sejarah poliitik Sabah masa lampau negeri ini pernah diperintah oleh parti tempatan dari Zaman Usno, Berjaya sehinggalah ke parti PBS (semuanya parti tempatan) namun kita dapat mengukur sejauh mana parti tempatan ini dapat memainkan peranan bagi membawa perubahan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat Sabah yang masa berada dalam kemunduran,” katanya.
Bung Moktar berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan dan Konvensyen BN Sabah sempena sambutan jubli emas BN ke 50 di Dewan Masyarakat SMJK Tiong Hua Sandakan dekat sini Ahad lepas.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi BN Merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri DR Zambry Abd Kadir,Naib-naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Kahlid Nordin, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup.
Menurut Bung Moktar, kegagalan itu berlaku disebabkan para pemimpinnya lebih mengutamakan @kepentingan politik peribadi” bukanya mengutamakan kepentingan rakyat yang memerlukan pembelaan dari sudut keperluan pembangunan.
“Bila kegagalan ini berlaku mereka salahkan BN sedangkan ketika itu sebilangan pemimpin mereka berada dalam BN/Umno dan kini berada dalam PGRS,
“Mereka perlu menerima hakikat BN yang pernah memerintah Sabah lebih hampir 18 tahun telah benyak membawa perubahan terutamanya dalam penyediaan insfrastruktur asas jalanraya (Projek Lebuh Raya Pan Borneo) sekolah hospital semuanya adalah atas usaha kerajaan BN,” katanya.
Bung Moktar yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan turut membidas pihak yang seringkali memainkan sentimen mendakwa UMNO parti dari Semenanjung yang dikatakan cuba merebut hak-hak rakyat Sabah sebagai satu tanggapan yang terlalu prajudis dan boleh merencatkan konsep kerajaan perpaduan.
Tegasnya, UMNO yang sudah 33 tahun bertapak di Sabah dipimpin oleh rakyat tempatan termasuk beliau yang juga penduduk asal negeri ini.
“Sebenarnya orang yang bercakap ini mulut celupar maka jangan kita terlena dengan hasutan dan juga kebencian daripada musuh-musuh kita itu. Di Sabah ini kita dalam UMNO cuba berbaik dengan semua orang dan juga dengan semua parti,” katanya.
Menurut beliau permainan politik sedemikian adalah keterlaluan iaitu menimbulkan isu perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.
“Rakyat di negeri ini perlu belajar dari sejarah masa apabila ada kaum ditekan sehingga beberapa pemimpin Sabah(termasuk yang berada dalam GRS ketika ini) meminta UMNO untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah demi mewujudkan kestabilan politik agar tidak ada mengabaikan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum,” katanya.
Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, sudah tiba masanya untuk jentera di negeri ini memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Kita perlu mengambil iktibar, tidak boleh berlengah lagi, kita tidak boleh lagi jadi melukut di tepi gantang. Kita tidak boleh lagi menjadi parti yang asal ada, asal dapat jadi kerajaan atau apa-apa saja kerana kita perlu ada fokus dan matlamat demi kestabilan masa hadapan,” katanya.