BN UMNO Sabah terus mendokong sinergi kekalkan kerajaan Perpaduan – Bung Moktar

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN)/UMNO Sabah akan terus bekerjasama mendokong dan memperkasa sinergi bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan untuk tempoh lima tahun akan datang meskipun di Sabah sumbangan BN/Umno telah dinafikan.

Advertisements

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata ,kebersamaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan seterusnya merasmikan Himpunan dan Konvensyen BN Sabah pada Ahad ini menjadi landasan kepada BN khususnya di Sabah bangkit mendepani cabaran politik mendatang.

“UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Sabah komited untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan meskipun terdapat usaha untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri termasuk sentimen yang cuba dimainkan oleh pemimpin dan parti tertentu di negeri ini yang meniupkan sentimen menolak parti Malaya yang akan memberikan kesan kepada kesatuan dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Bung Moktar berkata demikian ketika di diminta mengulas program Himpunan dan Konvensyen BN Sabah.

Majlis perasmian Himpunan dan Konvensyen BN Sabah itu akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Pengerusi BN Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Utama Mohamad Hassan ,Presiden MCA Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong,Presiden MIC Tan Sri Dato ‘Sri S.A Vigneswaran A/L M.Sanasee dan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup.

Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata, kehadiran UMNO dan BN di dalam kerajaan kini memungkinkan parti berkenaan dapat melaksanakan dasar dan agenda yang dapat memanfaatkan rakyat.

“UMNO dan BN bersama dengan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan memungkinkan banyak perkara yang kita boleh lakukan sebab kita berada dalam kerajaan namun agak malang di Sabah konsep kerajaan perpaduan itu tidak diimplementasikan menjadi kekangan untuk membangunkan Sabah ke tempat yang sewajarnya,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar bahawa PM tidak wajar hadir Himpunan BN Sabah di Sandakan pada 21 Julai ini kerana dilihat sebagai satu usaha memecah-belahkan kesatuan di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah, Bung berkata kenyataan toksin dari pemimpin yang tidak berparti wajar ditolak kerana kenyataan itu hanya prespsi beliau.

“Tidak timbul isu memecahkan-belahkan kesatuan antara GRS dan PH kerana di peringkat pusat UMNO/BN merupakan pendokong utama kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan dan hanya di Sabah GRS menafikan sumbangan besar UMNO/BN dalam pembentukan kerajaan selepas PRN ke 16,” jelas Bung.

Tambah Bung masanya telah tiba untuk rakyat bersatu hati dan terus bekerja keras demi memastikan perpaduan dipelihara, kestabilan dijaga demi kemakmuran dari terus bermain politik yang penuh dengan sentimen kenegerian yang tidak akan dapat membawa manfaat dan perubahan terutama dari aspek pembangunan kepada rakyat di negeri ini.

Himpunan dan Konvensyen BN Sabah yang diadakan di Dewan SMJK Tiong Hua yang dijangka dihadiri sekitar 15,000 ribu perwakilan dari seluruh Sabah akan diisi dengan pelbagai acara antaranya sesi Forum yang bertemakan “BN Membina Negara Bangsa” yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BN Dato Seri DiRaha Dr Zambray Abd Kadir bersama ahli Panel Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong,Presiden MIC Tan Sri Dato ‘Sri S.A. Vigneswaran A/L M.Sanasee dan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles