UMNO Sipitang perlu tebus maruah, rampas kembali kerusi DUN – Bung Moktar

SIPITANG: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata UMNO dan BN khususnya di bahagian Sipitang perlu menyusun gerak kerja sebaiknya untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan ,Sindumin, termasuk Parlimen Sipitang.

Advertisements

Ujar Bung yang juga Pengerusi BN Sabah , secara tradisinya dua kerusi DUN iaitu Sinduman dan Lumadan termasuk Parlimen Sipitang, sebelum ini merupakan kawasan milik BN.

“Saya yakin jika diurus dengan baik dengan strategi yang yang tepat kawasan Parlimen Sipitang yang yang merangkumi dua DUN Luamadn dan Sindumin mampu kita tawan semula dimana kawasan ini tradisinya sebelum ini diwakili oleh UMNO.

“Oleh itu kepimpinan serta ahli Umno di kawasan ini perlu berusaha untuk pastikan kerusi dapat dikembalikan, dirampas semula,” katanya.

Bung berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Sipitang di dewan Masyarakat Sipitang baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Rafi Alli Hassan,Ketua UMNO bahagian Sipitang Haji Mohd Abd Rahman Mohd Noh dan Wakil UMNO Sabah Mohd Rashid Matahon.

Sehubungan itu, Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno meminta UMNO bahagian Sipitang agar dapat menyusun gerak kerja dengan teratur memberikan penerangan tentang isu-isu semasa kepada pengundi agar mereka memahami keadaan sebenar dan tidak terus diputarbelitkan isu-isu yang dimainkan pihak lawan sehingga mempengaruhi minda mereka.

Dalam pada itu Bung menambah bagi memastikan kekuatan UMNO menghadapi PRN akan datang kebergantungan sokongan tidak hanya datangnya dari ahli-ahli UMNO sahaja, mereka yang berada di luar parti perlu disantuni dengan gerak kerja serta khidmat sosial secara berterusan.

“UMNO tidak boleh bergantung semata-mata kepada sokongan dari ahli parti, mereka yang ada diluar dari parti perlu didekati…perlu diberikan layanan yang sama rata terutama dalam kerja kerja tanggungjawab sosial,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Bung mengingatkan semua bahagian di negeri ini diberikan tempoh sebulan untuk menyediakan laporan mengenai data keahlian parti di semua cawangan.

“Statistik ini penting untuk persediaan kita menghadapi pilihanraya, ini termasuklah jumlah ahli di semua cawangan, jumlah pengundi muda, jumlah pengundi (ahli) yang berada di luar kawasan,dengan adanya data ini kita dapat mengukur kekuatan parti dan mengatur strategi untuk menenangi pilihanraya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles