UMNO disaran tumpu usaha rampas semula kerusi dimenangi Bersatu semasa PRU15 – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat UMNO seharusnya memberikan fokus kepada usaha merampas kembali kerusi yang dimenangi Bersatu atas tiket Perikatan Nasional (PB) semasa PRU15.

Advertisements

Beliau berkata UMNO dan Bersatu tidak boleh wujud bersama dan sebab itu, seteru politik itu wajar diketepikan.

Dalam catatan terbaharu di Face Book, Salleh yang juga bekas ketua menteri Sabah menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai kerjasama politik antara UMNO dan Bersatu tidak akan membuahkan hasil.

ADUN Usukan itu turut menegaskan pentingnya mengembleng tenaga dan usaha bagi merampas semula kerusi yang tewas kepada Bersatu dalam PRU yang lepas.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles