Tongod bakal jadi jelapang padi bukit pertama di Malaysia- Masiung

TONGOD: Selepas kejayaan membangunkan kilang simen dan perusahan kinzir, daerah Tongod merancang memiliki mercu tanda baharu untuk memajukan jelapang padi bukit yang pertama di negara ini.

Advertisements

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, Tongod daerah terbesar di Sabah dengan keluasan 10.054 kilometer persegi mengatasi negeri Kedah, akan mampu merealisasikan projek tersebut jika kerajaan Sabah bersetuju mengenai cadangan itu.

Beliau ditanya mengenai cadangan projek baharu itu selepas merasmikan Mesyuarat Berkolompok Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Pusat Daerah Mengundi Inarad terletak 160 kilometer dari Pekan Tongod.

Katanya, kini hampir 4,000 ekar telah terseda hasil kolaborasi petani tempatan dan memperlukan tambahan sekitar 20,000 ekar lagi untuk meletakan Tongod sebagai pengeluar padi terbesar di Sabah.

Beliau yakin jika ada bantuan dan sokongan bersapadu melalui pelbagai agensi kerajaan, daerah itu mampu pergi jauh ke hadapan dalam industri makanan berasaskan padi bukit.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesa Jabatan Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah ( MAFFI) supaya mengambil inisatif tuntas meningkatkan pengeluaran makanan berasaskan padi.

Kabinet negeri juga telah bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi memacu usaha itu.

Masiung yang juga Naib Gagasan Rakyat berkata, pada masa ini bekalan beras tempatan Sabah amat rendah cuma 22.8 peratus menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap beras import.

” Dalam masa terdekat ini saya akan mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan termasuk MAFFI, LPBS, Jabatan Pertanian untuk menjalankan kajian secepat mungkin menganai cadangan ini.

” Banyak lagi tanah bergeran milik penduduk yang tidak diusahakan kerana mereka cuma menanam padi bukit secara tradisi dan kurang berkemampuan untuk menanam lebih luas kerana kurang mendapat bantuan kerajaan, ” jelasnya.

Masiung berkeyakinan kerajaan negeri mempunyi kesungguhan yang tinggi untuk mejayakan projek padi bukit bagi menampung keterjaminan makanan berasaskan beras keluaran tempatan.

Pada April lalu majlis pecah tanah Kilang Klinker dan Simen dengan jumlah pelaburan RM1.2 bilion telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah di Penangah,Tongod.

Kilang itu dijangka memulakan kerja-kerja tapak penghujung tahun ini bakal menawarkan 1,000 pekerja tempatan.

Pada akhir tahun lalu, projek ternakan kinzir yang terpenting di rantau Asia Pasifik telah memulakan kerja-kerja awal di Kampung Entilibon terletak 50 kilometer dari Pekan Tongod.

Kilang kinzir yang menalan belanja RM500 juta itu turut memberi peluang lebih 500 pekerjaan kepada warga tempatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles