SESB nasihat orang awam amalkan tip keselamatan elektrik ketika banjir

KOTA KINABALU- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihatkan orang ramai agar segera memaklumkan SESB sekiranya kawasan perumahan atau kampung dinaiki air banjir berikutan hujan lebat yang melanda di kebanyakan kawasan di Sabah supaya bekalan elektrik dapat dihentikan oleh SESB.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Hj. Jaafar berkata penutupan bekalan itu adalah kritikal untuk memastikan keselamatan orang ramai.
Beliau turut memaklumkan bahawa SESB sedang giat berusaha untuk memastikan bekalan elektrik yang ditutup di beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah yang dilanda banjir kilat dapat dipulihkan semula secara berperingkat.
“Pemulihan semula bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada akses, keadaan setempat dan juga faktor keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau menasihati pengguna untuk mengamalkan beberapa panduan keselamatan elektrik bagi mengelak kejadian yang tidak diingini dari berlaku. Antaranya adalah:

Advertisements
  • Hindari penggunaan sebarang peralatan elektrik dan pastikan suis utama di premis ditutup apabila premis dinaiki air;
  • Jangan menyentuh peralatan, tiang besi atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun bersalut dengan penebat untuk mengelakkan renjatan elektrik;
  • Sekiranya diarahkan untuk berpindah, pastikan suis utama di premis kediaman dimatikan;

Related Articles

253FansLike

Latest Articles