Peter zahir keyakinan tawan 6 kerusi DUN di bahagian pantai utara Sabah

TENOM: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) Datuk Peter Anthony menzahirkan keyakian bahawa parti itu mampu menawan sehingga enam kerusi DUN di bahagian pantai utara Sabah dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Advertisements

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat kepada KDM yang kini semakin meningkat di kawasan terbabit.

Peter yang juga Adun Melalap optimis KDM berupaya untuk mempertahankan kerusi Melalap dan merampas kerusi DUN Kemabong.

“Sayq yakin dengan sokongan padu rakyat, KDM mampu melakukan yang terbaik untuk kebaikan rakyat dalam PRN nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Terbukq Perumahan Kalang, di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Peter dipetik sebagai berkata bahawa KDM akan bertanding di semua kerusi DUN yang majoriti pengundinya dari komuniti Kadazan Dusun Murut.

Sehubungan itu, beliau meminta penyokong dan anggota parti KDM supaya bekerja keras bagi merealisasi misi KDM.

Susulan lolo berkata beliau juga berhasrat untuk menjelajah kawasan DUN tertentu untuk memberi penerangan kepada rakyat khususnya isu-isu semasa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles