Dr Yusof kekalkan jawatan Presiden PAADIAN bagi Sesi 2024-2026

SIPITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengekalkan jawatan Presiden Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) bagi Sesi 2024-2026 pada Mesyuarat Agung persatuan itu di sini, semalam.

Advertisements

Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan itu dan begitu juga untuk jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Ramlee Kariah, Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya.

Tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan dimenang oleh Sani Gapar, Rafie Isa dan Saridun Mohd Jinin.

Manakala, jawatan Ahli Majlis Tertinggi dimenangi oleh Ramawi Palil, Adnan Othman, Ibrahim Muksin, Zaliha Baha, Azrin Sohaini, Jakaria Nayan, Azlinah Arif, Mohammad Zulfadhli Amir, Mohd Fauzi Jusmi dan Raimah Mahdin.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad mahu visi persatuan itu mempertahan adat resam, budaya dan memartabatkan bangsa kadayan terus diberi tumpuan.

Katanya, dalam aspek adat resam dan budaya ini, tarian kebudayaan dan muzik dan perlu diperkasakan menerusi pelbagai platform sesuai dengan perkembangsan semasa khususnya menerusi penggunaan sosial media.

“Manakala dalam aspek Bahasa, percakapan dan loghat kadayan itu perlu dipraktikkan oleh anak-anak muda khususnya di rumah,” katanya.

Beliau berkata, bagi memartabatkan bangsa kadayan itu memerlukan anak-anak kadayan bersaing terutama di sektor awam dan swasta dengan menyandang jawatan penting.

Justeru itu, menurutnya, semua ahli persatuan perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan dan peranan dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan bagi memastikan PAADIAN tidak ketinggalan dengan persatuan berasaskan kaum yang lain di negeri ini.

Pada masa sama, Dr Yusof berharap perbezaan fahaman politik tidak memecah belahkan kesatuan kalangan ahli persatuan itu demi memartabatkan bangsa kadayan.

Katanya, pendirian PAADIAN adalah menyokong kerajaan pada hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles