LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan dan Dewan Perniagaan Tionghua Sabah terus komited menyokong usaha kerajaan Madani dalam meningkatkan dan merangsang ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan.
Presiden Gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Sabah dan Labuan, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt berkata, Dewan Perniagaan Tionghua Sabah sentiasa prihatin mengenai permasalahan yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Ini kerana Dewan Perniagaan Tionghua Labuan sentiasa bekerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan dalam menangani pelbagai isu khususnya yang berkaitan dengan ekonomi” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa baharu Dewan Perniagaan Tionghua Labuan sesi 2024-2027 di sini, baru baru ini.
Pada sesi pemilihan jawatankuasa yang baharu itu, Datuk Wong Kii Yii kekal di pilih sebagai Presiden Persatuan itu.
Timbalan Presiden di sandang oleh Datuk Robert Siah, empat Naib Presiden terdiri daripada Cheng Cho Chung, Joseph Wong Min Chong, Yew Thuan Keong dan Teo Chee Wang.
Manakala Hii Lu Hin dan Edward Kong Chan Sin masing masing dilantik sebagai Setiausaha dan Bendahari.
Dewan Perniagaan Tionghua Labuan dan Sabah jalin kerjasama
Advertisements