Dr. Joachim mahu usaha tambah keahlian PBS dilipat ganda

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mahu parti melipatgandakan usaha untuk menambah keahlian termasuk daripada kalangan generasi muda.

Advertisements

Beliau berkata, ini penting kerana kekuatan sesebuah parti diukur daripada jumlah keahliannya.

“Semua pemimpin dan ahli termasuk di akar umbi perlu memainkan peranan dalam menambah keahlian kita, termasuk menarik lebih ramai daripada kalangan muda-mudi untuk menyertai parti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tiga bahagian – PBS Bahagian N19 Likas, PBS Bahagian N20 Api-Api dan PBS Bahagian N21 Luyang, di Dewan Hakka, kelmarin (9 Jun).

Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II juga mahu ahli-ahli PBS untuk sentiasa berfikiran ke hadapan, termasuk dalam menggunakan kaedah-kaedah baru yang ada pada era ini dalam menarik lebih ramai muda-mudi menyertai parti.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PBS yang juga Ketua Bahagian PBS Api-Api, Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai dan isterinya yang juga Ketua Wanita, Datin Seri Vicky Yee; Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Penerangan PBS Api-Api, Yee Tsai Yue; Ketua-ketua Bahagian, Goon Thien Shang, Dr. Joseph Lee; Ahli-ahli Majlis Tertinggi serta Exco Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles