GRS tolak pelaksanaan JKDM seperti membantah polisi Kerajaan Perpaduan Madani – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : Susulan kerajaan negeri menolak pelaksanaan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah sekali gus diibaratkan menolak segala polisi dilaksanakan kerajaan Madani di peringkat persekutuan.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, beliau juga ingin bertanya mengapa kerajaan Sabah diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menolak pelaksanaan dikemukakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sabah.

Katanya, adalah tidak masuk akal kerajaan negeri merupakan sebahagian menyokong kerajaan madani menolak program yang memberi manfaat besar khusus dalam usaha membasmi isu kemiskinan di Sabah.

“Saya ingin bertanya apakah GRS secara rasmi menolak JKDM, walaupun tujuan penubuhan ini sebenarnya baik bagi melaksanakan pembangunan selaras dengan aspirasi kerajaan madani.

“Adakah apabila menolak pelaksanaan JKDM bermaksud bahawa kerajaan GRS seolah-olah ingin mempertikaikan polisi sekali gus menolak kerajaan perpaduan.

“Seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebelum ini, pelaksanaan JKDM ini ingin memastikan pelantikan selaras dengan komposisi kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, semua sedia maklum pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta agensi kerajaan GRS langsung tidak melambangkan komposisi kerajaan perpaduan.

“Ini terbukti apabila didapati kekurangan jawatan diberikan dari segi pelantikan dari kalangan UMNO begitu juga Parti Warisan.

“Apakah Dr Jeffrey menolak JKDM ini sebenarnya demi mengelak dari bertindih atau kerana beliau tidak berpuas hati atas pelantikan yang dilakukan,” jelas Jeffrey Nor.

Menurutnya, dilihat tiada isu besar membabitkan JKDM bersama JPKK kerana peranan mereka berbeza manakala JKDM berfungsi membantu dalam implimentasi dasar-dasar kerajaan madani.

“Dr Jeffrey juga jangan bandingkan Sarawak dengan Sabah. Sarawak kini sudah berkembang dengan jauh lebih pesat berbanding Sabah.

“Ini terbukti dengan kedudukan Sarawak tersenarai dalam kalangan atas negeri terkaya di Malaysia manakala Sabah masih berada ditangga bawah sekali gus mencatat jumlah kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia,” kata Jeffrey Nor.

Untuk makluman Dr Jeffrey, Sarawak kini sudah mempunyai Petros dan tidak lagi perlu risau berkaitan dengan isu royalti minyak manakala kerajaan GRS masih dalam proses ‘perbincangan.’

“Kenapa setiap kali kita perlu ikut Sarawak adakah kita d Sabah ini ketandusan sudah pemimpin-pemimpin yang boleh memberikan idea baharu bagi mencapai kejayaan untuk negeri Sabah?

“Sudah-sudahlah dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini semasa pemerintahan mereka, jangan gunakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai kempen politik setiap kali menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) hakikatnya kepimpinan mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah.

“Jadi saya sarankan kepada Dr Jeffrey Kitingan berubahlah….Janganlah sibuk dengan pelantikan JKDM…Lebih baik beliau (Dr Jeffrey) memberi tumpuan kepada pelantikan peguam serta bagaimana memperkasakan peranan Peguam Besar Negeri Sabah,” tambah Jeffrey Nor.

Beliau berkata, apa yang jelas banyak kesalahan timbul sehingga merosakkan kes tuntutan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dalam semakan kehakiman berhubung hak 40 peratus hasil Sabah.

“Jangan alihkan isu ini, rakyat sedang memerhatikan setiap tindak tanduk GRS…Kita dapati seolah-olah kerajaan negeri pun seperti tidak serius dalam kes pendengaran keputusan berhubung rayuan yang dikemukakan baru-baru ini.

“Dr Jeffrey Kitingan bersama kerajaan negeri biarlah fokus kepada pentadbiran kerajaan dan bukannya kepada isu pelantikan JKDM yang dilihat banyak memberi manfaat besar kepada negeri Sabah,” kata Jeffrey Nor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles