Suhaimi bangkitkan isu tiada industri dibangunkan untuk sediakan peluang kerja di Sandakan

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri yang dilantik Datuk Suhaimi Nasir berkata tiada industri yang dibangunkan oleh kerajaan negeri di Sandakan untuk menyediakan peluang pekerjaan.

Advertisements

Menurutnya ramai penduduk di Sandakan yang terpaksa berhijrah keluar dari negeri ini bagi mencari pekerjaan.

“Syukurlah Kerajaan Madani mengumumkan subsidi tiket penerbangan untuk mengurangkan beban rakyat untuk balik berhari raya, maka mereka dapat balik ke Sandakan bertemu saudara mara semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri,” katanya.

Suhaimi berkata demikian ketika membahaskan Dasar Kerajaan Negeri 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas hari ini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas inisiatif memberikan subsidi penerbangan.

Suhaimi yang juga anggota Parlimen Libaran berkata kerajaan negeri Sabah dilihat lemah kerana meskipun ada hala tuju namun ia tidak terlihat sempurna.

“Di Sandakan, kita tiada melihat papan tanda Sabah Maju Jaya (SMJ) yang lebih jelas seperti di kawasan lain.

“Adakah Sandakan ini dimajukan hanya melalui peruntukan kerajaan persekutuan sahaja. Dalam perjalanan SMJ, saya ingin bertanya, adakah perancangan SMJ di Sandakan membabitkan tiga kawasan parlimen memiliki tujuh kawasan DUN,” katanya.

Mengenai peluang pekerjaan, Suhaimi berkata di Sabah khususnya di Sandakan tidak banyak sektor pekerjaan menawarkan pekerjaan kepada graduan yang berkemahiran tinggi.

“Sekiranya ada pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka, gaji diterima tidak setimpal dan tidak setanding dengan gaji yang ditawarkan di luar negara,” katanya.

Suhaimi turut membangkitkan isu
penyelesaian masalah penyelanggaraan jalan raya di Sabah.

“Saya melihat terdapat jurang yang besar dari segi peruntukan yang diperlukan bagi kerja pembaikan jalan berbanding peruntukan yang diluluskan pada setiap tahun,” katanya.

Suhaimi turut mencadangkan agar
kemudahan dan infrastruktur di pintu masuk lapangan terbang Kota Kinabalu dipertingkatkan.

“Lapangan terbang yang sedia ada serba kekurangan serta tidak berfungsi.

“Sewajarnya, Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar mengambil tindakan drastik untuk menyelenggara dan menambahbaik kemudahan ini.

“Kita mahu menarik pelancong luar dengan jumlah yang lebih ramai, tetapi kemudahan di airport KK dan Sandakan yang tidak diselenggara dan ditambahbaik akan membantutkan usaha ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles