SIPITANG: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Daerah Sipitang dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu termasuk yang bukan beragama Islam di Dewan Serbaguna Sipitang, semalam.
Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuk satay yang menjadi tarikan di daerah Sipitang.
Datuk Dr Yusof Yacob, Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin bersama isteri Datin Azizah Beniamen hadir menyantuni tetamu yang hadir.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Datuk James Ratib mewakili Ketua Menteri Sabah.
Pengerusi Lembaga Koko Malaysia yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan isteri Datin Norain Kipleh turut hadir beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah ADUN Lumadan Datuk Roslan Muharam, Pegawai Daerah Sipitang Awangku Raimy Pg Abd Rahman dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Harun Ismail, CEO QSB Ahmad Rizal Dahli dan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Mahu Jaya Ramlee Kariah.
Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Yusof berkata, penganjuran majlis itu cukup Berjaya kerana menyatukan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama dalam satu majlis perayaan.
Menurutnya, ia sejajar dengan kebersamaan yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan harapan (PH) Sabah.