LAHAD DATU: Umno telah bertapak di Sabah selama 33 tahun, dan secara umumnya dalam usia tersebut kehadiran UMNO telah diterima pelbagai kaum di negeri ini.
Bendahari Wanita Umno Malaysia Datin Maizatul Akmam Alawi berkata, ini terbukti keahlian UMNO di Sabah dari sejak awal lagi sehingga kini terdiri daripada pelbagai suku, termasuk sebahagiannya kelompok Sino-Kadazan dan memimpin beberapa bahagian UMNO di Sabah .
“ini jelas menunjukkan UMNO diterima oleh pelbagai kaum di Sabah dan tidak timbul isu UMNO mengamalkan budaya rasis dan dilabelkan sebagai parti yang ekstremis sebagaimana yang didakawa beberapa individu di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas program Kembara Ramadan Ziarah Kasih di kampung Damai dan Sharif dekat sini pada Ahad.
Maizatul yang juga Naib Ketua Umno bahagian Lahad Datu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagad Datuk James Ligunjang yang mengaitkan kes KK Mart dengan UMNO dan melabelkan sebagai parti ekstremis dan mengajak rakyat Sabah menolak parti itu.
“Dalam isu penghinaan dan mempersendakan Islam termasuk kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, sudah tentu UMNO tidak akan berkompromi dengans sesiapa saja mempersendakan Islam, namun dalam Kes KK Mart semua pihak telah menyerahkan kepada pihak keselamatan untuk mengambil tindakan justeru semua pihak perlu berhenti membuat kenyataan dan provokasi yang mengaitkan UMNO sebagai parti ekstremis yang boleh menjejaskan kearmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.” katanya
Maizatul menambah ,kelompok pelbagai suku dan bukan Islam negeri ini semakin yakin dengan kemampuan UMNO/BN untuk membawa kemakmuran kepada rakyat dan mereka semakin matang serta tidak lagi sangsi terhadap UMNO berbanding di awal kedatangannya di Sabah kerana itulah ada beberapa pihak tidak senang hati dengan melebalkan pelbagai andaian negetif kepada Umno dengan tujuan untuk menjejaskan imej serta kekuatan Umno di negeri ini,
Dalam perkembangan berkaitan, Maizatul mengajak umat Islam agar menjadi bulan Ramdan sebagai bulan pengukuh kasih sayang dan merapatakan semangat perpaduan.
“Dibulan yang penuh Rahmat ini, tidak semua berpeluang mengerjakan ibadah puasa apalagi menyembut kedatangan hari raya aidilfitri dalam keadaan serba lengkap, justeru yang berkemampuan akan tampil membantu mereka yang kurang berkemampuan dimana budaya ini merupakan amalan murni yang akan dapat memperkukuhkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain” katanya.
Maizatul berkata walaupun masyarakat Malaysia menganut agama tidak sama, tetapi masih menghargai perbezaan dan mecipta impain yang sama yang ingin melihat negara terus aman Makmur dan terus membangun
“ Di sebalik perbezaan, kita masih boleh berkongsi apa yang ada. Semuanya direalisasikan menerusi toleransi sebagai contoh konsep rumah terbuka Aidilfitri kitab oleh berkongsi kemariahanya Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menggunakan setiap peluang yang ada bagi memperkukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum” katanya
Tambah Maizatul usaha gigih semua pihak bagi menggalakkan budaya keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara perlu diteruskan dengan menolak perbuatan segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan pelbagai isu yang boleh menjejaskan hubungan harmoni rakyat hanya kerana demi kepentingan politik mereka.
Turut Serta dalam program tersebut Ketua Wanita bahagian Lahad Datuk Roanie Rafeal Setiausaha Wanira Atie Rafael ,Setiausaha Kerja dan Ahli Jawatan kuasa Bahagian Sya Haji Abd Rifai