Kekalkan sifat kasih sayang, bermuafakat sambut Aidilfitri – Mohd Rafi

LABUAN: Ketua Umno bahagian Labuan Datuk Haji Mohd Rafi Alli Hasaan berharap sifat kasih sayang dan bermuafakat yang tersuntik di dalam bulan Ramadan ini dapat dikekalkan pada bulan mendatang.

Advertisements

Beliau berkata, Ramadan juga adalah waktu untuk menghargai masa bersama keluarga rakan-rakan dan sebagai pemimpin sudah tentu rakyat di peringkat akar umno yang dapat mendidik jiwa, dan bukan hanya menahan lapar semata-mata.

“Saya selalu melihat dan merasakan kemeriahan hidup bermasyarakat baik di kampung dan bandar. Melalui program-program ziarah yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini saya dekat dengan denyut nadi rakyat menyalami masalah mereka. Harapan saya moga sifat kasih sayang dan bermuafakat ini dapat dikekalkan,” katanya dalam Perutusannya sempana sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka disambut hari rabu atau khamis ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan, yang dikeluarkan memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen

Dalam pada itu Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut mengingatkan rakyat khususnya di Pulau Bebas cukai itu agar berhemah berbelanja ketika menyambut hariraya Aidilfitri tahun ini.

Katanya negara masih dalam pemulihan ekonominya setelah terjejas dengan penularan Covid19 beberapa tahun lepas yang sedikit sebanyak turut menjejaskan ekonomi negara dan turut memberikan kesan kepada rakyat.

“Umno Labuan sedar keadaan ini, kerana itu sepanjang Ramadan ini kita turut padang menyampaikan sumbangan yang termampu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban kewangan mereka” katanya.

Menurut Mohd Rafi yang paling penting ketika menyambut hari raya aidil fitri ini semangat muhibah dan harmoni melalui budaya kunjungi mengunjungi perlu terus dilestarikan agar perpaduan dapat dicapai walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

“ Mari kita harmonikan sambutan adidilfitri tahun ini dengan budaya kunjungi mengunjungi, eratkan perpaduan sesame kita, dan menolak eleman negetif yang cuba dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang selalu melebalkan Umno sebagai parti ekstrimis demi kepentingan politik mereka” tegas Mohd Rafi

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin bersama isteri dan keluarga, Mohd Rafi berharap sinar Syawal yang bakal menjelma akan membawa seribu keberkatan kepada semua pihak.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles