CIS sumbang kuih raya kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. turut sama menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbang pek bungkusan kuih raya pasukan barisan hadapan.
 
Pengerusinya, Datuk Japlin Akim menyerahkan 30 kotak sumbangan kuih hari raya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk pasukan keselamatan dan petugas kesihatan bernilai RM22, 000 dalam satu majlis penyerahan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Dewan Auditorium, Menara Kinabalu pada Khamis.
 
Hadir sama Pengurus Besar CIS Sumardi Mohd Yusof dan Pengurus Sumber Manusia, Pentadbiran dan IT Ezrie Ag Raini.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles