KOTA KINABALU : Lebih 120 orang menerima manfaat Program Amal Berbuka Puasa anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bersama Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad di Masjid Al-Munir Kampung Darau Menggatal di sini semalam.
Jelajah Iftar ini melibatkan 25 bahagian bermula di Parlimen Kalabakan sehingga dijangka berakir di daerah Beaufort pada 7 April ini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, penglibatan KTC bersama UPPM dilihat merupakan satu sinar baharu kepada penerima sumbangan ini sekali gus dijangka mampu meringankan bebanan kepada penerima bantuan berkenaan.
Katanya, beliau berharap agar semua penerima sumbangan dapat memanfaatkan sumbangan ini sambil membuat persiapan awal untuk membeil kelengkapan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
“Mungkin setiap tahun inilah program yang sangat dinantikan oleh penerima sumbangan di seluruh negeri termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau dan Karambunai.
“Ini kerana jarang kita melihat penglibatan syarikat swasta lebih-lebih bukan beragama Islam menyalurkan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan akhir sebelum menjelangnya Hari Raya Aidifitri nanti, “ kataya di Majis Berbuka Puasa di sini semalam.
Mohamed Razali berharap agar program ini akan diteruskan di tahun hadapan sekali gus berharap pihak syarikat KTC tidak jemu untuk membantu rakyat khususnya di bulan ramadan.
“Kita juga ucapkan terima kasih kepada UPPM Negeri Sabah kerana berjaya melaksanakan siri jelajah ini yang pertama kali dilakukan di Sabah mahupun di Malaysia.
“Bukan senang untuk melaksanakan program yang sangat besar ini temasuk menyediakan senarai penerima serta lokasi sekali gus kos perbelanjaan untuk menganjurkan Program Amal Berbuka Puasa di seluruh negeri ini,” jelas Mohamed Razali.
Hadir sama Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Roland Chia, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Karambunai, Datuk Arshad Idris, Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin Tang dan Pengarah Exsekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau.
120 orang menerima sumbangan Jelajah Berbuka Puasa UPPM dan KTC di DUN Darau
Advertisements