SANDAKAN : Seramai 25 Wanita SAPP Tanjong Papat bersama keluarga menghadiri majlis berbuka puasa anjuran bersama CLC Tg Papat, SAPP dan Ketua Wanita Tanjong Papat sempena bulan Ramadan.
Pengerusi CLC Tg Papat, Kapitan Thomas Lau berkata kerjasama itu bertujuan
memberi sokongan padu beliau terhadap Wanita SAPP Tanjong Papat, terutama meningkatkan lagi semangat ahli-ahli parti itu dalam menjalankan tugas dan khidmat kepada rakyat.
Menurutnya majlis seumpama itu bukan sahaja menjalankan ibadah berbuka puasa bersama tetapi juga memberi peluang kepada ahli-ahli pergerakan Wanita untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan silatuhrahim.
Dalam pada masa sama, Wanita Tanjong Papat SAPP turut membincangkan bagaimana cara untuk meningkatkan dan memperbaiki struktur Pergerakan Wanita SAPP di Tanjong Papat bagi membolehkan ahli-ahli memberi perkhidmatan kepada masyarakat setemapt.
Selain itu, acara-acara atau program bersama rakyat yang bersesuaian juga akan dianjur pada masa akan datang.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Wanita SAPP Tanjong Papat Stephanie Lee dan AJK lain.