SPRM diminta siasat dakwaan wujud salah guna kuasa di MUIS – Awang Aslee

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan secara terperinci kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berhubung dakwaan wujud salah guna kuasa dalam urusan pentadbirannya.

Advertisements

Pengerusi Majlis Perhubungan Awam dan Kepenggunaan Komuniti UMNO Sabah Datuk Awang Aslee Lakat berkata, pihaknya berharap siasatan dapat dijalankan secara terperinci dan tuntas selain tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan pengurusan wang zakat.

Katanya, ini susulan tular dilaman sosial beberapa pendedahan secara terbuka penama ‘Adnan Arif di laman Facebooknya’ mendakwa wujud kegiatan salahguna kuasa dilakukan CEO MUIS.

Katanya, penama facebook terbabit Adnan Arif juga mempertaruhkan karier perjawatannya serta pengetahuan dan pengalaman dalam organisasi MUIS sejak berkhidmat 1991 dibidang kewangan dan pentadbiran.

“Beliau (Adnan Arif) yakin bahawa penyandang jawatan CEO MUIS melakukan kesalahan termasuk mengarahkan pembayaran bonus dua bulan gaji kepada kakitangan MUIS dibayar pada Januari 2024 dan Mac 2024 tanpa proses kelulusan melalui sumber dana Tabung Am dan Tabung Zakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awang Aslee merupakan Ketua Bahagian UMNO Beaufort berkata, selain itu juga CEO tersebut juga mengarahkan pembayaran ‘bonus’ berjumlah RM6,000 kepada setiap kakitangan MUIS tanpa proses kelulusan.

“CEO terbabit juga mengarahkan pembayaran bonus dua bulan gaji kepada kakitangan MUIS yang dibayar antara Januari hingga Mac 2023 tanpa proses kelulusan.

“Selain itu CEO tersebut didakwa telah mengarahkan pembayaran Elaun Menanggung Tugas jawatan CEO Lembaga Pengurusan Wakaf Negeri Sabah kepada diri sendiri tanpa proses kelulusan,” jelas Awang Aslee.

Menurutnya, dalam tempoh sama CEO juga mewujudkan beberapa ‘Jawatankuasa Kerja’ sambil mengarahkan ahli-ahli mesyuarat dibayar Elaun Tetap berjumlah RM500 seorang sebulan.

“Selain itu Adnan Arif mendakwa CEO juga mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (pengurusan) berjumlah lebih RM14 juta (terkumpul selama empat tahun) tanpa proses kelulusan.

“Langkah ini dipercayai bertujuan untuk memanipulasi atau menutup kedudukan defisit Tabung Am yang terdapat di MUIS,” tambah Awang Aslee.

Beliau menambah, MUIS perlu bertindak segera dengan memberi jaminan tidak akan berlaku lagi penyelewengan wang zakat diserahkan kepada agensi agama dibawahnya pada masa akan datang.j

Related Articles

253FansLike

Latest Articles