LAHAD DATU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin optimis BN pusat akan mengambil keputusan tepat berhubung isu kerjasama Umno/BN Sabah dengan parti lain bagi menghadapi Pilihanraya Negeri ke 17 (PRN17) akan datang.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan BN akan mencapai kemenangan besar pada pilihan raya itu.
Bung mengakui segala keputusan samada BN akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan partu lain hanya akan diputusan oleh BN Pusat berdasarkan cadangan BN Sabah yang dibuat secara konsensus bersama rakan BN yang lain.
“Setakat ini BN Sabah belum memuktamadkan sebarang ketetapan untuk bekerjasama dengan parti lain. Bagaimanapun, perbincangan awal memang ada diadakan cuma akan kita putusakan pada masa yang sesuai,” katanya.
Bung berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Umno Sabah bagi Zon 6 yang melibatkan bahagian Lahad Datu, Kalabakan, Tawau dan Semporna di Dewan Sri Perdana Lahad Datu baru-baru ini.
Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan media Timbalan Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Mohamad Hassan yang menyebut sebarang keputusan untuk BN bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN17 akan datang akan diputuskan oleh BN Pusat.
Menurut Bung masih terlalu awal bagi BN Sabah menyatakan soal kerjasama bersama parti lain di Sabah.
Sebelum ini, Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata bahawa kerjasama BN dengan parti lain bagi menghadapi PRN Sabah ke 17 hanya akan ditentukan selepas DUN Sabah dibubarkan.
Bung berkata BN/Umno Sabah perlu lebih teliti dan berhati-hari dan hanya akan bekerjsama dengan parti yang menghormati perjanjian yang dipersetujui.
Beliau berkata proses gabungan dengan parti lain sebelum ini telah mengajar UMNO/BN Sabah untuk menjadi matang dalam menjalin kerjasama dengan parti lain di negeri ini.
“Kita akan bekerjasama dengan parti politik yang menghormati perjanjian satu sama lain dan memberi manfaat kepada UMNO/BN dan Sabah,” katanya.
Bung juga menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan parti dalam gabungan sebelum ini yang dari peringkat awal lagi telah “menipu” dalam soal pemilihan kawasan dan calon semasa pilihanraya PRN16 selain menipu dalam pembentukan kabinet sebaik sahaja kerajaan dibentuk dalam gabungan tersebut.
“Dari awal lagi Umno/BN Sabah sudah di tipu, kita telah putuskan meletakkan calon di kawasan yang dpersetujui untuk calon BN, mereka pula letakkan calon bebas mencabar calon BN dan lebih dari itu turut berkempen dan turut memberikan habuan kepada pengundi demi untuk memastikan calon BN tewas, jadi parti seperti ini tidak ada dalam kampus BN Sabah untuk menjalin “kerjasama”,” tegas Bung.
“Kita perlu rakan yang setia. Apa yang kita buat hari ini adalah memperkukuhkan semua jentera parti. Kumpul isu-isu dan maklumat yang akan diguna pakai semasa kempen pilihan raya nanti,” katanya.
Menurut beliau dalam siri jelajah yang dilaksanakan oleh Umno Sabah di beberapa bahagian dan Dun di Sabah, sambutan terhadap program itu sungguh pluar biasa, sekali gus menunjukkan rakyat masih memberi sokongan yang padu kepada Umno/BN.