MENUMBOK: Umno bahagian Beaufort meminta pihak berkuasa agar menyiasat kerja-kerja pengambilan pasir yang berlaku di kampung Jagus Menumbok dan Berangkok di Kuala Penyu.
Ketuanya Datuk Awang Aslee Lakat berkata, setakat ini mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan terperinci samaada kerja-kerja pengambilan pasir tersebut dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau sebaliknya.
Sehubungan itu, beliau meminta Pejabat Daerah,Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Tanah.Hasil Bumi ,Jabatan Kerja Raya serta jabatan yang berkaitan agar menyiasat perkara ini.
“Jika ianya dilakukan tidak mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa ,tindakan serta merta menghentikanya perlu dilakukan sebaliknya jika ada kelulusan dari Kerajaan ianya perlu didedahkan kepada umum dan kerja-kerja yang dilakukan perlu mengikit prosideur yang ditetapkan” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Awang Aslee yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Beaufort berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kerja-kerja pengambilan pasir di dua kampung yang terlibat yang menimbulkan kecurigaan penduduk kampung mungkin ianya dilakukan secara haram tanpa mendapat lesen atau kelulusan dari pihak berkuasa.
Menurut Awang Aslee dari sisatan awal yang dilakukan difahamkan pasir-pasir yang dikorek ini diangkat dan dibawa ke Kudat untuk kilang Cermin dan Solar tapi berbeza dari maklumat pemandu pemandu lori yang mengangkat pasir ini mendakwa pasir tersebut dibuat ke Pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu untuk dimuat ke dalam kapal laut dan di bawa ke negara China.
“Wujud dua penjelasan yang berbeza yang menimbulkan kecurigaan, dan apabila pihak kami bertanya kepada seorang pekerja di kawasan ini beliau sendiri tidak boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris Cuma Bahasa cina jadi kami gagal mendapat maklumat yang tepat dan jelas,” katanya.
Tambah Awang penduduk kampung memaklumkan mereka beroperasi sehingga jam 3.00 pagi dengan menggunakan lori muatan 10 tan dalam kuaniti yang banyak bukan sahaja menjejaskan aspek keselamatan penduduk kampung tapi turun merosakan jalanraya yang sediaada yang mendapat bantahan penduduk kampung.
“Saya harap pihak berkuasa dapat membuat lawatan dan penyiasatan terhadap perkara ini jika operasi mengorek pasir ini dilakukan tanpa kelulusan dari pihak berkuasa kerja kerja pengorekan perlu dihentikan segara kerana ianya akan merosakan eko sistem di kawasan tersebut,” katanya.