UPPM serah sumbangan bantu mereka yang kurang berkemampuan di Lahad Datu dan Kunak – Awang Kadin

LAHAD DATU : Inisiatif Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) menganjurkan Program Amal Berbuka Puasa merupakan landasan terbaik dalam membantu komuniti kurang bernasib baik dan terpinggir dianggap tepat pada masanya.

Advertisements

Pengarah UPPM, Datuk Awang Kadin Tang berkata, pendekatan ini sangat dialu-alukan sekali gus dapat mengukuhkan jalinan kerjasama erat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disamping dapat membantu lebih ramai masyarakat kurang berkemampuan disepanjang bulan ramadan.

Katanya, program ini banyak membawa impak yang bermakna kepada masyarakat sekeliling serta memberi keceriaan kepada penerima khususnya pada bulan Ramadan dan juga Syawal yang bakal menjelang tiba.

“Kita sangat bersyukur pada setiap lokasi Program Amal Berbuka Puasa sambutan sangat orang ramai diluar jangka, ini menunjukkan program jelajah berbuka puasa merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh negeri ini.

“Setiap tahun pada bulan Ramadan memang banyak sukarelawan, NGO dan pihak korporat akan tampil menerusi program tanggunjawab korporat sosialnya (CSR) dalam memberi sumbangan dan langkah itu kita memang alu-alukan dan galakkan lebih ramai lagi tampil membantu mereka yang memerlukan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa di Lahad Datu di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan Awang Kadin berkata, selain majlis berbuka puasa pihaknya bekerjasama dengan beberapa syarikat korporat termasuk Sabah Softwood Berhad bagi menunjukkan keperihatian Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bersama-sama terlibat dalam program yang sangat bermakna ini.

“Kita sangat yakin selepas ini lebih banyak syarikat GLC akan terlibat Program Jelajah Amal Berbuka Puasa UPPM di seluruh negeri ini. Apa yang penting adalah rasa tanggungjawab mereka untuk turun padang membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“UPPM juga menjalin kerjasama Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad bagi menjadi penyumbang utama dalam program jelajah berbuka puasa di seluruh negeri ini,” jelas Awang Kadin.

Sementara itu Pengarah Urusan Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata, penglibatan mereka dalam Program Jelajah Amal Berbuka Puasa bersama UPPM Sabah adalah sebahagian usaha untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di negeri ini.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Memang semua pihak perlu bersama santuni mereka, ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi semua pihak mempunyai peranan masing-masing untuk terlibat sama membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Selain program berbuka puasa, kita juga berpeluang bersama-sama kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk shopping baju raya sebagai persiapan mereka menyambut hari raya aidilfitri,” kata Dexter.

Pada majlis tersebut seramai 50 orang kurang berkemampuan menerima sumbangan bantuan bakul makanan dan kewangan untuk persediaan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuank Datuk Norazlinah Arif, Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr. Rohan Shah Ahmad.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles