KOTA KINABALU: Jenazah wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Sandakan Nur Adika Bujang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Belud Sadok, Kinarut petang tadi.
Majlis pengkebumian dihadiri keluarga, saudara dan rakan-rakan termasuk kalangan warga media.
Hadir sama memberikan penghormatan terakhir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Khadzim M. Yahya dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.
Pagi tadi, jenazah Allahyarhamah Nur Adika Bujang diterbangkan menggunakan pesawat menerusi penerbangan ehsan Pasukan Undara Pangkalan Sabah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Lapangan Terbang Sandakan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Nur Adika, 45, ditemukan meninggalkan dunia di kediamannya di Sandakan pada Ahad lepas.