KOTA BELUD: Badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting membantu kerajaan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
Ketua Umno bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata, penarapan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat tidak hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya setiap rakyat berperanan penting untuk mengamalkan tanggungjawab berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berkata penubuhan pelbagai persatuan atau pertubuhan yang dilakukan oleh komuniti setempat amat digelakkan dengan menjadikan apa juga persatuan yang ditubuhkan itu peranan utamanya ada penyatuan kea rah menjalin Kerjasama bukan sahaja untuk kepentingan persatuan tapi untuk kepentingan semua piha,
“Keamanan yang lahir hasil perpaduan rakyat negeri dan negara ini perlu dijaga serta dikekalkan dengan mengelak daripada segala persefahaman, pertelingkahan yang boleh memudaratkan serta memecah belah Masyarakat justeru persatuan yang ditubuhkan tidak kira sukan, kebudayaan dan sebagainya matalamatnya adalah untuk perpaduan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kelab Badminton 5 Star Kota Belud di Pusat Eko Pelancongan Tomodu Paradise dekat sini baru-baru ini.
Menurut Azuwan yang juga Pengerusi Gabungan Kelab-Kelab Belia Daerah Kota Belud, tanpa perpaduan dan keamanan, usaha membangunkan negeri serta negara tidak akan dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.
Beliau berkata, Umno khususnya Umno bahagian Kota Belud sentiasa menyokong usaha NGO menerusi penganjuran program seumpamanya yang mampu menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim seperti yang dilakukan oleh Kelab Badminton 5 Star Kota Belud yang diharapkan bukan sahaja memokaskan kepada kegiatan sukan semata-mata tapi mempelbagai program bagi membantu Masyarakat majmuk di negeri ini.
“Dalam sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, sudah tentu wujud perbezaan dalam pelbagai aspek kehidupan namun rakyat negara ini perlu melihat perbezaan itu sebagai keunikan dan mana mana pertubuhan NGO termasuk badan politik perlulah mengelak isu isu sensitive isu agama bangsa dan sebagainya,” katanya.
Azuwan yang juga Pengerusi Majlis Belia dan Daftar Pemilih Baru Umno Sabah, turut memberi amaran kepada pihak tidak bermaruah yang suka mencetuskan isu sensitif khususnya kaum agama dan rasis kepada bangsa lain agar menghentikan perbuatan mereka yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negeri ini
“Kita bimbang budaya ini menjadi ancaman kepada nilai perpaduan, keamanan dan keharmonian yang kita bena selama ini, dimana ada beberapa NGO dan parti politik di negeri ini mula memainkan sentiman anti Malaya yang akan merancatkan konsep Kerajaan perpaduan yang ada hari ini,” katanya.
“Dalam politik ianya merupakan ideologi ,berhentilah jadi orang yang suka menjadi pengacau di bumi yang aman dan damai ini, jadilah rakyat yang cintakan keamanan serta perpaduan seterusnya menjadi pendukung kepada dasar kerajaan baharu ini,” katanya.