Kestabilan politik kunci kejayaan ekonomi negara – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas menteri persekutuan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat bahawa kestabilan politik amat penting bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini, sekali gus memberi kesan kepada kadar pertukaran asing mata wang tempatan.

Advertisements

Beliau berkata kenyataan berterusan pihak pembangkang kepada media asing mengenai rancangan mereka untuk menggulingkan atau mengubah kerajaan sedia ada sudah pasti akan menimbulkan persepsi negatif terhadap negara.

“Persepsi negatif ini sudah pasti akan menghakis keyakinan pelabur asing dan tidak menggalakkan pelaburan asing di negara ini,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Justeru, bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan pembangkang juga perlu bertanggungjawab ke atas kejatuhan nilai ringgit negara dan keadaan ekonomi semasa.

Beliau menggesa pihak pembangkang supaya mengelak daripada menggunakan media asing untuk mengganggu gugat kestabilan politik, mensabotaj ekonomi, dan kemudian menuding jari mencari salah kerajaan sahaja.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles