LAHAD DATU: Arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang meminta jentera parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk fasilitator turun padang menjelaskan kepada rakyat tentang perjuangan dan pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan negeri seolah-olah menafikan perananan serta tanggungjawab para penjawat awam di negeri ini.
Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata, arahan tersebut menunjukkan ketidakyakinan Hajiji yang juga Presiden (GRS) terhadap keupayaan penjawat awam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka sebagai pelaksana dasar Kerajaan.
“Kita ada penjawat awam dari pelbagai peringkat jawatan dari Setiausaha Tetap Kementerian, Pegawai Daerah di peringkat daerah dan lain-lain jawatan yang menjadi pelaksana dasar kerajaan yang boleh memberikan penerangan serta penjelasan kepada rakyat tentang dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan, justeru tiada keperluan mendesak sehingga meminta jentera parti pula menjelaskan perjuangan dan pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan selain untuk kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hajiji baru-baru ini yang meminta jentera parti dan fasilitator agar turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat perjuangan dan pembangunan yang dibawah oleh Kerajaan negeri (GRS)
Hajiji dalam kenyataan tersebut meminta jentera hadapan parti itu akan memikul tanggungjawab penting sebagai barisan hadapan bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut Hajiji tempoh kerajaan sekarang tidak sampai dua tahun lagi memerintah dan perlu , meminta mandat semula daripada rakyat. Justeru apa yang penting baginya menjelaskan perjuangan dan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan GRS sepanjang tempoh pemerintahan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Dari arahan tersebut menurut Datu Rosman membuktikan kerajaan GRS dibawah kepimpinan Hajiji hanya lebih memikirkan kepentingan politik demi mempertahan kuasa GRS yang semakin rapuh mendapat sokongan rakyat ekoran kegagalan mereka mentadbir negeri dan menjaga kebajikan rakyat di negeri ini.
Datu Rosman menambah arahan ini sama seperti pepatah “ Menegakkan benang yang basah” bagi menutup segala kelemahan yang dilakukan oleh Kerajaan GRS selama lebih dari dua tahun memerintah.
Menurut Dato Rosman realitinya selama Kerajaan GRS mentadbir negeri ini, rakyat telah menderita tentang banyak perkara bermula dengan kesusahan kos sara hidup, peluang pekerjaan yang terhad, keperluan asas masyarakat seperti akses jalan raya yang paling teruk, krisis air bersih dari rumah sehingga ke universiti, bekalan elektrik dari kampung sehingga ke lapangan terbang. Ini tidak termasuk lagi dengan isu aktiviti perlombongan pasir silika dan perlombongan emas khazanah negeri Sabah.
“ Ironinya, dalam keadaan keluh resah rakyat ketika ini, Hajiji kelihatan begitu terdesak untuk mengarah jentera parti meuar-uarkan pembangunan kerajaan negeri ketika ini namun rakyat semakin pintar tidak tertipu dengan slogan “ Sabah Maju Jaya” yang diuar-uarkan oleh Kerajaan GRS’ katanya.
Datu Rosman berkata ,sehingga hari ini,rakyat masih menunggu ke mana aliran hasil kerajaan negeri sebanyak 19.03 bilion ringgit selama tiga tahun berturut-turut yang DIUMUMKAN. Apakah hasil tersebut benar-benar dinikmati oleh rakyat Sabah?
“Rakyat juga mahukan jawapan ke mana peruntukan sebanyak 157.8 juta ringgit yang diturunkan kepada Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan penyelenggaraan jalan raya di Sabah sepanjang tahun 2023” katanya
Datu Rosman menambah penerangan tentang kejayaan Kerajaan Negeri boleh diolah semanis madu. Namun hakikat rakyat sedar dan rasai apa yang telah terjadi. Sebuah kerajaan yang hanya tahu tuding jari dengan signboard gah Sabah Maju Jaya disana sini.
Pemimpin-pemimpin GRS seolah-olah tidak peduli dengan kehidupan getir rakyat yang apabila menekan butang lampu, lampu tidak menyala. Buka pili air air pula tiada. Pandu kereta untuk rehat minda, jalannya pula berlubang porak poranda.
“Tapi bila Tanya orang GRS… Semua cantik dan indah.. Ada masalah jawapannya mudah… Salahkan Lori lebih muatan Bila Jalan berlubang..Salahkan hujan selalu turun..Salahkan Kerajaan Persekutuan Salahkan kerajaan lalu..” katanya