KOTA KINABALU: Penggunaan media sosial perlu dioptimumkan sepenuhnya oleh ahli parti UMNO dalam usaha menyebarluaskan pengaruh parti itu secara lebih positif kepada rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, dengan adanya pengaruh media sosial, rakyat dan pengundi khususnya pengundi muda boleh didekati dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana selari dengan perkembangan dunia digital masa kini.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno pengaruh media sosial terutamanya di kalangan anak muda amat berkesan dan lebih cepat tersebar berbanding medium media yang lain.
“Kita aplikasikan media sosial untuk menyampaikan kebaikan parti kita (UMNO), janji-janji pembangunan yang boleh ditunaikan, parti yang memperjuangkan semua kaum, agama dan budaya.
“Pada masa sama, tunjukkan keikhlasan kita menerusi kepenggunaan media sosial yang berfakta, lebih meyakinkan, kreatif serta mempunyai tarikan kepada pembaca dan penonton ,” katanya ketika berucap dimajlis taklimat isu-isu politik semasa bersama empat kepimpinan parti dari seluruh bahagian Umno Sabah.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Mohd Rafi Ali Hassan , Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Bendahari Umno Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir , Ketua Wanita Senator Datuk Noraini Idris,Ketua Pemuda dan Puteri Umno Sabah Sufian Abdul Karim dan Ummi Nabilah Datuk Jamal
Menurut Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan , pendekatan penggunaan media sosial untuk berkempen perlu dipraktikkan dari sekarang dan semua ahli parti Umno perlu menjadi Tentera siber (cybertrooper) yang bertanggungjawab untuk mempertahankan parti dan pimimpin Umno dari menjadi bahan tomahan, provkasi dan fitnah pihak lawan dengan menjadikan media sosial sebagai medium mereka untuk merosakan imej serta kekuatan parti Umno.
Beliau berkata, masyarakat sekarang semakin cakna terhadap isu semasa terutamanya beban masalah insfrastruktur asas seperti masalah jalanraya,bekalan air dan elektrik yang semakin meruncing sehingga menjejaskan kehidupan mereka seharian menyebabkan mereka pantas meviralkan di media sosial namun yang menjadi mangsa dan sasaran parti Umno ,lentas tentera siber parti lawan akan membalas dan menyerang pemimpin Umno walaupun hakikatnya sebahagian pemimpin yang ada dalam Kerajaan sekarang dahulu bersama Umno dan seharusnya kini berada di dalam Kerajaan berusaha mengatasi masalah yang diviralkan oleh rakyat.
“ Kita perlu tampil mempertahankan imej parti dan pemimpin ,mendiamkan diri seperti kita mengiyakan apa yang mereka muat naik di dalam media sosial walaupun kita tahu ianya berbaur tohmahan dan fitnah untuk menjejaskan imej dan kekuatan parti Umno ’ katanya.
Bung berkata, landskap politik tanah air amat berlainan dengan aliran maklumat yang bebas sama ada melalui media massa atau media Baharu justeru pendekatan media sosial yang lebih aktif dan kreatif perlu dilaksanakan oleh pemimpin dan ahli Umno.
Justeru katanya, pendekatan lain yang perlu dipraktikkan ketika itu ialah membuat hantaran berbaur rayuan dan pujukan dalam usahan meraih undi serta simpati daripada pengundi menerusi penggunaan media sosial.
“Dalam hal ini, ramai yang mengayakan diri menerusi cara menyampaikan sesuatu, berkempen atau mengetengahkan sesuatu isu dan pandangan melalui rakaman video.
“Secara kreatif juga, ada yang melawak, ada yang menyajikan fakta serta tayangan video yang menarik dan ini semua perlu kita biasakan agar kandungan video itu lebih menarik lagi,” katanya.