Ibu bapa diingatkan agar cakna terhadap pendidikan awal anak

KUALA PENYU: Ibu bapa perlu cakna terhadap keperluan pendidikan awal anak dengan menghantar mereka ke sekolah taska atau tadika sebagai proses awal mendedahkan mereka kepada pembelajaran.

Advertisements

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata tindakan mengabaikan pendidikan awal anak bukan sahaja merugikan anak-anak itu sendiri tetapi ibubapa juga akan kerugian,

Aminah berkata ibu bapa harus memberi keutamaan terhadap pendidikan anak sejak di peringkat awal lagi agar mereka membesar dengan minda yang lebih baik dan ini akan memudahkan langkah mereka untuk meneruskan pembelajaran apabila memasuki darjah satu diperingkat sekolah rendah.

“Kerajaan telah menyediakan kemudahan pendidikan yang cukup baik dan semporna dengan adanya tadika kemas atau tadika perpaduan sebagai satu pilihan kepada ibubapa khususnya golongan B40 untuk menghantar anak-anak mereka memperolehi Pendidikan awal,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Hari Apresiasi Tabika dan TaskaKemas bagi sesi 2023/2024 N, 33 Kuala Penyu di dewan Masyarakat Dato Shahbandar Makang dekat sini baru baru ini.

Menurut Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno ,kerajaan telah membina tadika Kemas dan Tadika perpaduan di kebanyakan kampung khususnya di kawasan luar bandar bagi memberikan peluang kepada anak-anak dari keluarga yang berkemampuan memperolehi pendidikan awal.

“Tadika Kemas atau Tadika perpaduan diwujudkan bagi membantu golongan ibubapa yang kurang berkemampuan menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal dimana sistem pendidikanya tidak jauh berbeza dari sistem pendidikan yang disediakan oleh tadika swasta,” katanya

Dalam pada itu, Aminah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah (RISDA) Semaian dan Landskap Sdn Bhd turut mengingatkan ibu bapa agar bersama-sama mendidik anak-anak di rumah.

“Ada sebahagian ibu bapa meletakkan usaha mendidik pada bahu guru semata-mata kerana berasa mereka tiada masa atau tiada kemahiran mendidik, sedangkan mengajar anak kecil tidak perlu secara formal malah lebih mirip kepada bermain,” katanya.

Selain itu, katanya ibubapa juga perlu sentiasa memberikan perhatian dan sokongan terhadap kemajuan pendidikan anak-anak mereka di sekolah dan melibatkan diri dengan segala program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dimana pengliabatan ibubapa bukan saja mampu menjalin kerjasama erat antara ibubapa,guru-guru dan pihak sekolah sekali gus ianya juga memberi ruang bagi ibubapa memantau kemajuan pendidikan anak-anak mereka.

Hadir sama di majlis tersebut Pegawai Kemas Parlimen Beaufort Halcik Udeh dan Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak P.177 Beaufort Helen Lawrence serta guru-guru Tadika Kemas daerah Kuala Penyu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles